Bajet 2023: KPM harap kadar baharu RMT bantu pelajar susah dipertimbang

September 23, 2022 · Isu semasa

Kadar baharu Rancangan Makanan Tambahan (RMT), peranti untuk guru dan infrastruktur bagi sekolah pendidikan khas, antara permohonan yang dikemukakan Kementerian Pendidikan (KPM) kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk dimasukkan dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan 7 Okt ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pihaknya berpandangan kadar RMT perlu disemak semula memandangkan kadar RM2.50 pada masa kini dilihat sudah lama tidak disemak dan peningkatan kos yang perlu ditanggung pengusaha kantin, lapor Bernama.

“Kita mohon supaya kadar RMT dilihat semula, ditambah baik kerana kita sedar di luar sana ramai pengusaha kantin yang sampaikan tentang perkara ini kepada kita, itu merupakan satu perkara yang kita mohon untuk dipertimbangkan oleh MOF dalam bajet.

“Bila berlaku peningkatan kos itu antara perkara yang mereka (pengusaha kantin) sampaikan bahawa jumlah ini kecil dan impaknya lebih ketara untuk sekolah yang murid tak ramai, kalau ramai buffer lebih besar. Sekolah dengan murid tak ramai dengan kadar tersebut ini yang lebih terkesan,” katanya kepada media selepas Majlis Wadah Aspirasi Menteri Kanan Pendidikan di sini hari ini.

Radzi berkata KPM juga berharap agar permohonan peranti untuk guru dapat dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam Bajet 2023 memandangkan sistem pendidikan negara sedang bergerak ke arah digitalisasi.

“Sebelum ini kita lihat kakitangan awam yang lain umumnya ada disediakan ‘workstation’ atau komputer riba kepada mereka kalau yang bekerja di pejabat, namun begitu dalam konteks guru ini, tiada peranti atau komputer disediakan.

“Bila bercakap tentang digitalisasi kita ambil kira semua pihak termasuk komponen paling utama iaitu guru-guru,” katanya.

Dalam pada itu, Radzi berkata KPM juga berharap agar kerajaan dapat memberi perhatian terhadap keperluan murid bekeperluan khas terutamanya melibatkan infrastruktur sekolah pendidikan khas yang dilihat ketinggalan jauh berbanding negara lain.

“Kita sedar pendidikan khas ini ada jurang dengan negara yang lebih terkedepan dan kita masih jauh sebab itu kita mohon peruntukan untuk lonjakkan pendidikan khas ini ke tahap yang lebih tinggi.

“Jika dahulu kadang-kadang sekolah berkeperluan khas ini tak banyak infrastruktur, ada empat infrastruktur khas itu minimum, jadi ini merupakan satu daripada komponen yang kita minta lihat diberi perkara khusus,” katanya.

Berita berkaitan
Mangsa buli sekolah sehingga hilang pendengaran peroleh ganti rugi RM600,000 lebih
October 17, 2023· Isu semasa
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023· Politik
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok