Khairy harap Sabah sokong Akta Larang Merokok terhadap generasi muda

September 10, 2022 · Isu semasa

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berharap kerajaan Sabah turut menyokong akta baharu bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vap) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2007.

Menurut Khairy, beliau akan membentangkan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dalam sidang Parlimen akan datang sebagai usaha memastikan generasi muda tidak terjebak dengan tabiat merokok, lapor Bernama.

“Semasa pembentangan pindaan RUU berkenaan, saya berharap semua Ahli Parlimen daripada Sabah menyokong kerana ini untuk kebaikan masa depan negara kita.

“Penyebab utama kematian di negara kita adalah penyakit jantung dan kanser paru-paru… saya ada bertanya kepada pakar apa penyebab penyakit itu dan jawapannya adalah rokok. Oleh itu, kita kena menyelasaikan masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis Agenda Nasional Malaysia Sihat-Sabah Maju Jaya (ANMS-SMJ) peringkat Sabah yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di sini hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata kes bunuh diri di Malaysia semakin membimbangkan dan perlu ditangani dengan kaedah yang betul.

“Di Malaysia, sumber daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan, terdapat peningkatan dalam kes bunuh diri yang dilaporkan pada 2021 iaitu sebanyak 1,142 kes berbanding 631 kes pada 2020 dengan peningkatan sebanyak 81 peratus.

“Bagi 2022 pula, sejumlah 467 kes bunuh diri telah dilaporkan oleh PDRM hingga Jun. Faktor-faktor yang menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri adalah pelbagai dan kompleks, seperti isu psikososial dan persekitaran, isu kewangan (kehilangan sumber pendapatan atau pekerjaan), penyakit mental seperti kemurungan, kurang sokongan sosial dan penyalahgunaan substans.

“Bunuh diri atau cubaan bunuh diri adalah kesalahan dan boleh ditangkap tetapi saya cadangkan sekiranya ada cubaan bunuh diri, biar ia diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) kerana mereka lebih tahu menyelasaikan masalah tersebut dengan pelbagai kaedah termasuk memberi kaunseling. Sekiranya mangsa cuba bunuh diri itu ditangkap, mereka akan lebih tertekan,” katanya.

Beliau berkata KKM akan terus berusaha untuk mendidik dan melatih masyarakat berhubung masalah kesihatan mental, pencegahan tingkah laku bunuh diri serta menghapuskan stigma terhadap tingkah laku tersebut.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Tiada guna undang-undang anti lompat, takkan Speaker nak isytihar kerusi kosong
November 11, 2023· Rencana
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok