Peguam Najib pilih tak kemuka hujahan selepas permohonan ditolak

August 18, 2022 · Isu semasa

Susulan keputusan untuk menarik diri ditolak Mahkamah Persekutuan, peguam Datuk Seri Najib Razak memilih untuk tidak hujahan dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Sepatutnya peguam Najib, Hisyam Teh Poh Teik mengemukakan hujahan sebelum ia dibalas oleh pihak pendakwaan tetapi sebaliknya beliau memilih untuk menggunakan hujahan sama dikemukakan di peringkat Mahkamah Rayuan.

Sejurus mahkamah memutuskan untuk tidak menerima permohonan Hisyam menarik diri daripada mewakili Najib, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Tuan Maimun Tuan Mat yang memerintahkan prosiding rayuan akhir itu dimulakan.

Tengku Maimun: Kamu mahu mengemukakan hujahan lanjut?

Hisyam: Tidak

Tengku Maimun: Adakah kamu sahkan bahawa kamu tidak ada apa-apa untuk dinyatakan berhubung 94 alasan dalam petisyen rayuan ini?

Hisyam: Saya tiada apa-apa untuk dinyatakan.

Tengku Maimun: Jadi adakah kamu bergantung kepada hujahan daripada Mahkamah Rayuan mengenai penemuan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi?

Hisyam: Hujahan daripada yang terdahulu, Ya.

Tengku Maimun kemudian berkata, oleh kerana rayuan akhir itu membabitkan kepentingan awam, mahkamah dengan itu memanggil pendakwa raya untuk mengemukakan hujahan terlebih dahulu untuk memberikan peguam perayu lebih masa untuk bersedia dengan rayuannya.

Terdahulu, Hisham Teh memohon untuk menarik diri daripada mewakili Najib tetapi ia dihalang oleh Mahkamah Persekutuan dengan mengarahkannya untuk meneruskan tugas sebagai peguam defendan.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi mensabitkan dan menjatuhkan hukuman terhadap Najib atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan salah guna jawatan, kesemuanya melibatkan dana SRC, berjumlah RM42 juta.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Sabitan dan hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi
March 21, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok