Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah

August 14, 2022 · Isu semasa

Skandal perolehan kapal tempur pesisir (LCS) dimainkan pembangkang sama seperti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga menyebabkan Barisan Nasional (BN) kalah pilihan raya umum lalu, dakwa Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri (PM) itu yang sedang berdepan pertuduhan di mahkamah membabitkan rasuah 1MDB mendakwa isu LCS digunakan untuk menghasut rakyat walaupun faktanya Najib sudah pun didapati bersalah atau penyelewengan dana wang rakyat melibatkan SRC International Sdn Bhd.

“Walaupun saya bukan Menteri Pertahanan pada waktu itu, saya Menteri Kewangan, saya gunakan platform Facebook untuk menjawab setiap kali mereka cuba menghasut rakyat.

“Ini salah satu petua pada zaman media sosial. Kalau ada apa-apa isu jawab dalam tiga jam, jangan tunggu hari esok.

“Wanita kena faham isu ini kerana mereka nak jadikan isu LCS ini macam 1MDB seperti dalam pilihan raya umum lalu,” katanya dipetik laporan media semasa slot Bicara Tokoh sempena Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Najib kini menjadi sasaran Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang membuat pendedahan satu persatu dan cuba kaitkan beliau dengan isu LCS memandangkan ketika itu ia diluluskan semasa era pentadbirannya.

Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu menjelaskan, BN kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semasa pembinaan kapal tersebut berada pada tahap 53 peratus.

“Sekarang ini kemajuan hanya 56 peratus. Dalam masa empat tahun (perkembangannya) cuma tiga peratus. Lim Kit Siang dan Rafizi (Ramli) tak terjawab tentang perkara ini. Kenapa? Sebab niat mereka itu nak persalahkan kita. Apa dia buat, dia buat forensik audit, dia suruh pembinaan kapal tak diteruskan.

“Mereka buat forensik hentikan pembinaan kapal itu, (yang ditambah buruk dengan) masalah Covid-19 lagi, maknanya bukan salah kita, bukan salah BN,” katanya lagi.

Najib menambah, projek itu juga mengalami kelewatan kerana pembinaan sesebuah kapal perang bukanlah mudah, namun ia tetap boleh diteruskan kerana jika dihentikan ia akan merugikan kerajaan.

“Saya akui bahawa pembinaan LCS berdepan kelewatan kerana ia melibatkan sistem pertahanan empat dimensi peperangan.

“Empat jenis pensenjataan nak menghubungkan dalam sistem kombat, ia makan masa. Di negara maju pun lambakan projek pertahanan adalah perkara biasa berlaku sekiranya projek itu kompleks. Tetapi kenapa (PH) hentikan, kalau lewat kita boleh teruskan,” ujarnya lagi.

Rafizi sebelum ini menamakan Najib bersama dua lagi bekas Menteri UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai watak utama dalam skandal projek LCS tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh sebelum ini mendedahkan, kerajaan telah membayar sejumlah RM6 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS disiapkan.

Untuk makluman orang ramai, projek yang dianugerahkan secara terus dalam tahun 2011 telah menelan belanja RM6 bilion setakat 2022 tetapi satu kapal perang pun belum disiapkan.

Mengikut jadual kontrak, sepatutnya lima kapal perang telah disiapkan dan diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk beroperasi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok