Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki

August 12, 2022 · Isu semasa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap seorang wanita yang memakai ihram lelaki ketika menunaikan umrah baru-baru ini.

Menerusi catatan di Facebook malam ini, beliau berkata pihaknya telah menghubungi KDN bagi memohon supaya siasatan lanjut dilakukan setibanya individu berkenaan ke Malaysia.

“Saya mengambil berat perkara yang telah ditular dakwaan yang melaporkan seorang yang wanita yang mengerjakan umrah, namun berpakaian ihram lelaki.

“Isu ini melibatkan hukum-hakam agama. Tindakan tegas akan dikenakan,” katanya.

Idris turut memaklumkan beliau juga telah menghubungi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk mengambil tindakan tegas kepada agensi yang menguruskan individu terlibat sekiranya perkara berkenaan didapati benar.

Di platform Twitter hari ini, tular video berdurasi 17 saat yang memaparkan seorang wanita yang didakwa sebagai rakyat tempatan berada di Tanah Suci Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki dan perkara itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Sementara itu Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dilaporkan berkata tindakan sewajarnya perlu dikenakan ke atas individu terbabit bagi mengelak lebih banyak kes seumpamanya berlaku.

Sejak semalam, tular di Twitter beberapa hantaran mengenai wanita berkenaan susulan videonya berada di Tanah Suci Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah lelaki.

Dalam satu hantaran video menunjukkan wanita terbabit menuju ke Raudhah dan pada masa sama seorang pengguna Twitter mengesahkan individu berkenaan adalah wanita dan bekas pekerjanya.

Pada Februari 2020, ahli perniagaan, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Sajat menimbulkan kontroversi kerana mengenakan pakaian jemaah wanita ketika mengerjakan umrah.

Sebelum ini, bekas menteri agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, ketika merujuk isu Sajad itu menjelaskan sekalipun mematuhi rukun, lelaki itu perlu membayar dam kerana melanggar wajib umrah.

Katanya, perkara itu bertepatan dengan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-28 Musim Haji 1433H dalam kertas kerja bertajuk Khunsa Dan Mukhannas Dalam Permasalahan Ibadat Haji.

“Muzakarah menyimpulkan bahawa bagi mukhannas semula jadi atau yang disengajakan, telah melakukan pembedahan tukar jantina atau tidak dan kes menukar jantina dengan melakukan pembedahan bukan disebabkan keharusan syarak, maka hukum individu itu termasuk ibadat haji dan umrah hendaklah mengikut hukum asal kejadian dirinya.

“Dalam konteks isu ini, Sajad wajib secara syarak sebagaimana termaktub dalam al-Quran dan hadis, untuk beribadah serta berpakaian seperti lelaki,” katanya.

Berita berkaitan
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Seorang warga Syria didakwa melakukan khianat bakar bilik hotel
November 10, 2023· Isu semasa
Apa jaminan kerajaan kenaikan cukai SST tak jejaskan rakyat?
October 25, 2023· Isu semasa
Popular
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Tak jawab tuduhan, tapi PM baharu saman MP Kuala Terengganu pula
December 22, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok