Permohonan Syed Saddiq untuk dakwa saksi utama ditolak mahkamah

July 18, 2022 · Isu semasa

Bekas Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman gagal dalam permohonannya untuk mengheret sama saksi utama didakwa dalam kes pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram dihadapinya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Ahli Parlimen Muar itu yang mahu bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali juga didakwa dengan alasan memberi kenyataan yang bercanggah semasa perbicaraan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid berkata permohonan Syed Saddiq dengan menggunakan alasan tersebut tidak boleh digunakan sebagai asas untuk mendakwa Rafiq.

Peguam Gobind Singh Deo kemudiannya menambah pihak pembelaan sedang membuat permohonan baharu untuk mendapatkan kenyataan Rafiq yang direkodkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2020 semasa siasatannya.

Permohonan Gobind itu menerima bantahan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dengan menyifatkan dakwaan bercangghan yang dibangkitkan itu adalah kecil dan tidak mewajarkan prosiding pendakwaan dimulakan terhadap Rafiq.

Pada 8 Julai, pasukan pembelaan membuat permohonan untuk mendakwa Rafiq berhubung kandungan kenyataan saksinya yang “bercanggah” dengan keterangan lisan di mahkamah.

Dalam keterangan awal bulan ini, Rafiq memberitahu mahkamah bahawa Syed Saddiq memintanya untuk mengeluarkan RM1 juta ketika satu mesyuarat di rumah Syed Saddiq di Petaling Jaya pada Mac 2020.

Namun, ketika pemeriksaan balas, Rafiq berkata Syed Saddiq hanya menyebut jumlah RM1 juta itu dalam satu panggilan telefon.

Syed Saddiq ketika ini sedang dibicarakan atas empat tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang. Beliau didakwa menyeleweng RM1.12 juta milik Bersatu.

Daripada jumlah itu, RM120,000 dikatakan dana parti untuk pilihan raya umum (PRU) 2018 dan RM1 juta didakwa dikeluarkan beliau tanpa persetujuan pucuk pimpinan parti.

Syed Saddiq bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan pengubahan wang berjumlah RM50,000 setiap satu.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok