Sultan Perak perkenan surau tidak dirobohkan

April 29, 2021 · Isu semasa

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan Surau Al-Karamah di Kampung Sri Keramat, Pasir Puteh di Ipoh, tidak dirobohkan sehingga surau baharu siap dibina.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, susulan titah itu, beliau mengadakan perbincangan khas bagi mendengar taklimat daripada pelbagai agensi berkaitan.

Beliau berkata, perbincangan itu telah merumuskan beberapa perkara dan telah dipersembahkan kepada Sultan Nazrin.

Katanya, selepas berunding dengan jawatankuasa surau dan penduduk surau sedia ada digantikan dengan surau yang lebih baik di lokasi lain tetapi dalam kawasan yang sama.

“Pihak kerajaan akan menawarkan tapak gantian baharu sementara pihak pemaju akan membiayai sepenuhnya kos pembinaan sebuah surau baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shubungan itu katanya, surau sedia ada akan terus berfungsi seperti biasa sehingga surau baharu siap dan boleh berfungsi untuk kegunaan penduduk.

Pada 23 April lalu, media melaporkan Jawatankuasa Surau Al-Karamah memohon campur tangan Majlis Agama Islam Perak, Menteri Besar serta Pejabat Tanah dan Galian Perak untuk menghalang tindakan merobohkan surau itu bagi memberi laluan kepada projek perumahan.

Berita berkaitan
Sultan Ibrahim berangkat bertemu Sultan Selangor dan Sultan Perak
October 28, 2023· Isu semasa
Cakap tentang ‘The 1975’ dalam masjid lagi berat : Hamzah
August 1, 2023· Politik
Terpaksa tinggal bayi depan surau sebab tak mampu
May 3, 2023· Isu semasa
Sultan Perak gesa pemimpin jangan ulangi kesilapan terutama perlakuan rasuah
March 4, 2023· Isu semasa
Popular
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023
‘Terengganu Menangis’: 26 hadir kenduri terjangkit Covid-19
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok