Cakap tentang ‘The 1975’ dalam masjid lagi berat : Hamzah

August 1, 2023 · Politik

Perikatan Nasional (PN) menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melancarkan siasatan terhadap gambar tular Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berucap di sebuah masjid di Rawang pada Ahad.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata sesiapa sahaja tanpa mengira parti politik yang melanggar undang-undang dan peraturan harus diambil tindakan.

“Saya yakin JAIS melakukan sesuatu yang adil dan rakyat akan memahami agensi ini (tegas) kepada mana-mana parti (yang melakukan kesalahan untuk diambil tindakan),” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Himpunan Jentera Sungai Air Tawar di Markas Tarbiah PAS di Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam, malam tadi.

Hamzah berkata, JAIS sebagai sebuah organisasi Islam di negeri ini seharusnya dihormati dan umat Islam terutama pemimpin dinasihatkan mematuhi undang-undang, peraturan serta garis panduan yang sudah ditetapkan.

“Siapa sahaja yang salah dan melanggar perintah (dan peraturan) yang telah dibuat, maka tindakan harus diambil.

“Jangan biarkan satu pihak sahaja yang boleh lakukan (kesalahan), tidak boleh,” ujar beliau.

Beliau memberitahu, sekiranya tindakan adil dilakukan sudah tentu rakyat dapat menilai dan percaya kepada sesebuah agensi tersebut.

Menurut Hamzah, agensi kerajaan lain juga seharusnya mengikut contoh JAIS yang menjalankan siasatan secara adil tanpa berat sebelah.

“Kita tidak mahu agensi kerajaan lain pilih kasih dan tidak ada keadilan terutama melibatkan pemimpin PN,” katanya.

Tambahnya, pemimpin yang melanggar peraturan JAIS juga disifatkan ingkar terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang setiap ahli politik yang tiada tauliah berceramah di masjid atau surau.

Mengulas mengenai kenyataan Fahmi yang menjelaskan ucapannya dalam sebuah masjid itu hanya berkisar mengenai isu kumpulan ‘The 1975’ tanpa menyentuh hal politik, Hamzah berkata, perbuatan itu tetap menjadi kesalahan.

“Bercakap mengenai kumpulan ‘The 1975’ dalam surau atau masjid lagi berat (kesalahannya),” katanya.

Kumpulan ‘The 1957’ mencetus kontroversi baru-baru ini ketika membuat persembahan di Sepang apabila vokalisnya bertindak mencerca undang-undang dan sekatan berkaitan LGBTQ di negara ini serta mencium gitarisnya di atas pentas.

Semalam, JAIS mengesahkan menerima aduan berhubung gambar Pengarah Komunikasi Strategik PKR itu berucap di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang dan melancarkan siasatan.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama.

Fahmi dalam kenyataannya di Facebook menjelaskan ucapannya dalam sebuah masjid di Kuang, Rawang hanya berkisar mengenai isu kumpulan The 1975 tanpa menyentuh hal politik atau berkempen untuk PRN.

Berita berkaitan
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Bekas guru calon PN di PRK DUN Pelangai
September 21, 2023· Politik
Fahmi puji lantikan Chun Wai sebagai Pengerusi Bernama baharu
September 12, 2023· Isu semasa
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
7 minit lalu · Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok