Shahidan gesa henti campur tangan politik dalam isu Sungai Baru

June 25, 2022 · Isu semasa

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim meminta pihak tidak berkaitan berhenti masuk campur dan mempolitikkan isu pengambilan tanah projek pembangunan semula unit kediaman di Sungai Baru, Kampung Baru di sini yang masih dalam proses rundingan.

Beliau turut meminta agar kumpulan penduduk yang masih tidak bersetuju dalam proses pengambilan tanah tidak keliru dan terpengaruh dengan pihak yang sekadar mahu “menangguk di air keruh” dengan berlagak “hero”, lapor Bernama.

“Orang yang punya tanah lebih berhak daripada orang lain, mereka menyuarakan pendapat mereka cuma tersalah sikit apabila pendapat itu disalurkan kepada pihak yang mahu mengambil kesempatan.

Saya mungkin dicabar oleh pihak lain, cabarlah saya tidak ada masalah tapi saya tetap memihak kepada orang punya tanah, tidak perlulah cari orang lain kerana kita (kerajaan) yang akan buat keputusan, tapi kalau orang lain nak jadi hero terpulanglah,” katanya pada sidang media program Self Defence Awareness @ Jihad Dadah di sini hari ini.

Menurut Perbadanan Kampong Bharu, sejumlah 291 pemilik lot dan unit flat (27 lot teres dan 264 unit flat) yang mewakili 88.72 peratus pemilik telahpun bersetuju dengan projek pembangunan semula itu dan pada masa sama pemaju terus berusaha berjumpa dan mengadakan sesi libat urus bersama pemilik 37 lot rumah teres yang tidak bersetuju.

Program sehari Self Defence Awareness@ Jihad Dadah dianjurkan Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Pusaka Hanafi Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Wangsa Walk Mall hari ini bertujuan memupuk kesedaran umum agar berwaspada dengan risiko jenayah luar jangka selain mempersiapkan diri dengan asas pertahanan diri.

Dalam pada itu, ketika ditanya berkenaan kenyataan Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang memberi bayangan terdapat beberapa lagi pemecatan beberapa individu di dalam parti susulan pengguguran Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Shahidan berharap parti akan memberi lebih perhatian kepada aspek penyatuan ummah.

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis itu juga melahirkan rasa kesal atas isu terbabit dan menyifatkan soal pemecatan tidak seharusnya berlaku selain berpandangan masih ada ruang dan peluang untuk parti memperkukuh perpaduan dalam memberi keyakinan kepada rakyat untuk terus menerajui negara.

“Saya percaya Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) juga ingin meninggalkan legasi yang menyatukan ummah,” katanya.

Kalau sebelum PRU (Pilihan Raya Umum) memecah-belahkan ummah, kita buat pilihan raya kita akan rugi, payah menang,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok