Menteri UMNO tolak cadangan potong gaji, tak selesai harga barang naik

June 25, 2022 · Isu semasa

Cadangan gaji Menteri dipotong susulan kenaikan harga barang yang meningkat ditolak seorang Menteri UMNO.

Sebelum ini, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menyuarakan cadangan agar gaji menteri dipotong sebanyak 20 peratus tetapi Datuk Seri Mahdzir Khalid sebaliknya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Menteri Pembangunan Luar Bandar itu berkata alternatif lain yang lebih berkesan perlu dicari bagi membantu rakyat dalam menghadapi krisis peningkatan harga barang sejak akhir-akhir ini.

“Sekarang ada pelbagai usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pasukan dalam Kabinet, khususnya bagi menteri-menteri yang terbabit secara langsung dengan ekonomi dan harga barang seperti kementerian kewangan, ekonomi, perdagangan, pertanian dan kerja raya.

“Mereka akan duduk mesyuarat seminggu dua kali bagi membincangkan hal berbangkit dan memberi jalan penyelesaian seperti diumumkan Perdana Menteri mengenai tiada kenaikan tarif elektrik dan harga pasaran ayam tidak akan diapungkan.

“Sehingga kini pun kerajaan masih memberi subsidi petrol RON95 kepada rakyat dengan harga RM2.05 seliter. Ini antara langkah dan keputusan yang diambil kerajaan agar tidak membebankan rakyat,” katanya dipetik laporan BH.

Mahdzir terdahulu merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Tualak hari ini.

Semalam, Rafidah mencadangkan pemotongan gaji menteri bagi menunjukkan empati terhadap negara ketika rakyat bergelut dengan krisis ekonomi akibat Covid-19 dan krisis Russia-Ukraine.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, sebagai bekas menteri, Rafidah perlu memberikan idea yang lebih baik dan berjumpa dengan Ismail Sabri untuk mengetengahkan idea beliau.

“Kita tidak tahu apa maksud sebenar Rafidah mengenai potong gaji itu, adakah beliau benar-benar maksudkan atau hanya perli, beliau orang lama sepatutnya boleh beri idea yang lebih baik.

“Perkataan potong gaji ini seolah-olah berada dalam Dewan Rakyat, ia selalu diusulkan oleh pembangkang. Bagi saya, cadangan beliau bukan jalan penyelesaian untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, Mahdzir yang juga Naib Presiden UMNO ketika ditanya mengenai Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang digugurkan daripada ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok