Polis semak semula kes ‘Datuk Addy Kana’

April 28, 2021 · Isu semasa

Polis akan menyemak semula kes Zaidi Kanapiah atau ‘Datuk Addy Kana’ dan dua anggota polis yang dibebaskan serta-merta daripada tahanan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Katanya, perkara itu akan diuruskan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang akan berbincang dengan pegawai bagi melihat kelemahan kes berkenaan.

“Ia “bagimengelak daripada berulang kembali dan saya tidak mahu PDRM dilihat seolah-olah bersikap semberono menggunakan peruntukan undang-undang mengenakan POCA ikut sesuka hati tanpa kualiti yang mungkin menyebabkan seseorang itu teraniaya,” katanya di Bukit Aman, hari ini.

Semalam, Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat memerintahkan ketiga-tiga lelaki itu dibebaskan selepas membenarkan rayuan mereka terhadap permohonan writ habeas corpus supaya dibebaskan dengan serta-merta.

Abdul Hamid berkata, siasatan kes membabitkan sindiket judi dalam talian memang rumit dan pihak polis juga perlu mengambil kenyataan daripada pelbagai pihak untuk dinilai.

“Sekiranya cukup bukti, kami akan terus bawa ke mahkamah untuk pendakwaan dan PDRM tidak akan ambil pendekatan dengan sengaja untuk buat kerja secara cincai (sambil lewa) dan ia (kes Addy Kana) akan dikaji kembali,” katanya.

Berita berkaitan
PDRM bukan ‘polis moral’, kata MP DAP isu wanita pakai seluar pendek
February 5, 2023· Politik
Anwar kata KPN suruh dia bersedia bentuk kerajaan, tapi Acryl Sani nafi
November 19, 2022· Politik
52 lokasi PRU-15 pernah cetus insiden dipantau rapi: Acryl Sani
November 5, 2022· Politik
Usah cetus spekulasi kes culik warga Palestin: Ketua Polis Negara
October 18, 2022· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Guan Eng kena kecam isu kaum lain jadi PM Malaysia
October 27, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok