PDRM bukan ‘polis moral’, kata MP DAP isu wanita pakai seluar pendek

February 5, 2023 · Politik

DAP terus mengkritik tindakan polis berkaitan tatacara berpakaian ketika hadir untuk membuat laporan kes di mana-mana balai polis.

Terbaharu, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyifatkan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sany Abdullah Sani sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak berasas.

Dalam kenyataan hari ini (5 Februari 2023), Kelvin berkata tanggungjawab polis adalah untuk menjaga keselamatan komuniti dan bukannya menjadi “polis moral komuniti” lebih – lebih lagi apabila melibatkan keselamatan rakyat.

“Tatacara pemakaian semasa membuat laporan polis bukan keutamaan polis kerana keutamaan mereka adalah untuk menjaga keselamatan rakyat.

“Kenyataan terbaru IGP Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyatakan bahawa masyarakat harus mengikuti tatacara berpakaian kerajaan semasa di balai polis kecuali keadaan kecemasan “hidup dan mati.

“Kenyataan sedemikian sangat tidak berasas dan tidak bertanggungjawab kerana adalah menjadi tugas hakiki pihak polis untuk menjalankan tanggungjawab memberi khidmat di dalam apa jua situasi,” kata Kelvin.

Semalam, Acryl Sani berkata balai polis termasuk dalam kategori pejabat kerajaan, sambil menambah bahawa Ketua Setiausaha Negara telah menjelaskan dengan jelas jenis pakaian yang boleh dan tidak boleh dipakai dalam arahan.

Beliau menegaskan bahawa peraturan itu mesti dipatuhi, dan menyebut ‘kesopanan dan kesusilaan’ (kesopanan dan kesusilaan) prinsip kelima Rukun Negara — sebagai asas.

Terdahulu, seorang wanita dilaporkan mengadu bahawa dia tidak dibenarkan masuk ke balai polis daerah di Selangor kerana berseluar pendek.

Dia dikatakan pergi ke balai polis Kajang untuk melaporkan satu kemalangan namun diberitahu oleh anggota polis bahawa dia tidak boleh masuk kerana seluarnya melebihi paras lutut.

Mengulas lanjut, Kelvin berkata semua laporan mesti dilihat sebagai kes kecemasan apabila seseorang individu datang ke balai dan tidak harus disekat kemasukkanya.

“Seseorang yang datang ke balai untuk membuat laporan polis mempunyai keperluan untuk berbuat sedemikian kerana mereka memerlukan bantuan pihak polis.

“Polis tidak harus menghukum pelapor dengan “persepsi moral” bagaimana harus tatacara pemakaian pelapor di balai polis. Perkara sebegini mungkin menafikan hak perlindungan dan keadilan kepada pelapor.

“Apakah mesej yang cuba disampaikan kepada rakyat yang seharusnya menerima perlindungan daripada mereka?,” katanya.

Sehubungan itu, Kelvin menggesa Acryl Sani menarik balik kenyataan beliau dan kementerian harus menunjukkan kepimpinan dan memberi jaminan bahawa rakyat akan dilayan dan dilindungi di dalam apa jua situasi atau tatacara pemakaian mereka.

“Polis harus berpegang teguh kepada moto mereka “Polis dan masyarakat berpisah tiada” dan bukan “Polis dan masyarakat bergantung kepada cara pemakaian,” tegasnya.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Pernah kalah sebelum ini, Asyraf masih yakin dapat jadi calon pada PRU-15
October 28, 2022
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
4 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
4 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
23 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
9 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok