52 lokasi PRU-15 pernah cetus insiden dipantau rapi: Acryl Sani

November 5, 2022 · Politik

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi perhatian serius terhadap 52 lokasi panas di seluruh negara yang dikenal pasti boleh mencetuskan insiden sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bermula hari ini (Sabtu, 5 November 2022) hingga tengah malam 18 November ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata lokasi berkenaan adalah daripada 292 keseluruhan kawasan yang sebelum ini dikesan berlakunya insiden mengganggu-gugat ketenteraman awam, sebelum ditapis oleh Cawangan Khas, Bukit Aman.

Menurutnya selepas dikaji dan diperhalusi, PDRM secara keseluruhan mengenal pasti 52 kawasan panas yang harus diberikan tumpuan secara lebih tegas.

“Kawasan panas ini adalah terma yang digunakan oleh pihak kita (PDRM) untuk mengklasifikasikan kawasan ini sebagai lokasi yang mudah berlakunya insiden yang memecah keamanan dan mengganggu ketenteraman awam.

“Ia bukan hanya masalah yang membabitkan isu politik tetapi turut didorong masalah membabitkan antara penduduk setempat di lokasi berkenaan, seperti penduduk berebut tempat letak kereta, berebut kerusi ketika makan di gerai atau restoran terlanggar bahu serta masalah membabitkan perkauman,” katanya menurut BN.

Beliau memberitahu media ketika melawat lokasi Pusat Penamaan Calon, Parlimen P121 Lembah Pantai di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, di Kuala Lumpur, hari ini.

Acryl Sani berkata, meskipun masalah yang dijangkakan itu adalah masalah remeh, ia boleh menjadi masalah besar jika tidak ditangani dari awal.

“Setakat ini, berdasarkan daripada tempoh pembubaran Parlimen, sebanyak 115 laporan polis berkaitan 24 insiden membabitkan pelbagai isu politik dilaporkan.

“Sehubungan itu, saya sudah mengarahkan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, untuk membuat statistik harian bagi memaklumkan masyarakat untuk menunjukkan kita lebih bertanggungjawab,” katanya.

Terdahulu Acryl melawat Pusat Penamaan Calon P121, di Bukit Bandaraya, di sini, bagi melihat perjalanan proses penamaan calon.

Beliau berkata, berdasarkan pengamatannya, proses yang dikawal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di lokasi berkenaan berjalan lancar, manakala semua calon dan wakil mereka mematuhi arahan yang ditetapkan.

Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dan Timbalannya, Datuk Yahaya Othman.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ramai bekerja di Selangor datang dari Kelantan dan Terengganu: Shabery
June 19, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Projek tebatan banjir: Kenyataan Anwar tolak fitnah Rafizi terhadap Tuan Ibrahim
December 20, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
13 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok