Penjawat awam maut diremput pemandu disyaki mabuk

June 6, 2022 · Isu semasa

Seorang penjawat awam maut selepas kenderaan dinaiki bersama isteri dan anaknya bertembung dengan sebuah kereta dipandu oleh seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol di Kilometer (KM) 1, Jalan Kuala Dipang-Malim Nawar, Kampar, kiri-kira 39km dari Ipoh, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.45 malam itu, mangsa, Mohd Nazri Sham Aring, 42, yang bertugas di Pejabat Daerah dan Tanah Kampar, maut di tempat kejadian selepas kereta jenis Perodua Viva dipandunya bertembung dengan kereta jenis Honda Civic dinaiki dua lelaki, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad Nazri Daud berkata hasil siasatan di tempat kejadian mendapati kereta Honda Civic dipandu seorang pemandu lori berusia 29 tahun yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk telah memasuki laluan mangsa dan menyebabkan kedua-dua kenderaan bertembung.

“Akibat kemalangan ini, Mohd Nazri disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian dada,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata isteri mangsa berusia 33 tahun mengalami cedera ringan dan anak lelakinya yang berusia tiga tahun mengalami pendarahan dalaman di bahagian kepala manakala seorang rakan suspek yang menaiki kenderaannya tidak mengalami kecederaan.

Mohamad Nazri berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat dan pemandu lori itu ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Katanya punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok