Zahid salahkan setiausaha, pindah wang bukan untuk pecah amanah

May 24, 2022 · Isu semasa

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa dia tiada pilihan apabila memindahkan dana RM17,953,185.21 milik Yayasan Akalbudi yang diasaskannya ke dalam akaun firma guaman Tetuan Lewis & Co.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata keputusan itu dibuat kerana setiausaha eksekutif ketika itu, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly yang diamanahkan menjaga urusan akaun peribadinya dan yayasan berkenaan, didapati kerap melakukan kesilapan dan cuai ketika mengendalikan akaun berkenaan.

Zahid juga mendakwa dia tidak tahu dan tidak pernah mengarahkan Mazlina menggunakan cek Yayasan Akalbudi (YAB) yang tertera tandatangannya untuk membayar polisi insurans kenderaan peribadi dan cukai jalannya.

Memberi keterangan membela diri dalam perbicaraan atas dakwaan pecah amanah jenayah melibatkan lebih RM31 juta dana YAB, Zahid berkata, dia tidak melakukan pecah amanah dengan membuat pemindahan wang terbabit.

“Apakah pilihan yang saya ada melainkan mencari jalan supaya wang yang ada dalam simpanan semasa di bank iaitu keseluruhan dana Akalbudi dipindahkan ke sebuah firma guaman di mana terdapat akauntan dan pegawai akaun serta penyimpan kira-kira yang bertauliah menjaga akaun pelanggan.

“Maka saya membuat keputusan pemindahan itu dilakukan bukan untuk pecah amanah tetapi menggunakan sebuah syarikat guaman yang mempunyai pegawai yang berketerampilan untuk menjaga akaun pelanggan sebagai pemegang amanah wang Yayasan Akalbudi,” katanya memetik laporan agensi berita hari ini.

Zahid menjawab berkata demikian ketika menjawab soalan peguam belanya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, pada sesi pemeriksaan utama ketika membela diri terhadap 47 pertuduhan, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana YAB.

Zahid yang disoal peguam belanya, berkata dana berkenaan tetap milik YAB walaupun selepas dipindahkan kepada firma guaman.

Terdahulu, Zahid berkata Mazlina melakukan banyak kesilapan ketika menguruskan cek, selain tidak menghantar penyata bulanan dan dokumen lain apabila diminta.

Katanya, dia banyak kali memberikan nasihat dan panduan kepada Mazlina selepas mendapati pegawainya itu tidak mempunyai latar belakang perakaunan, bagaimanapun Mazlina yang juga saksi ke-90 pendakwaan hanya meminta maaf tetapi tetap mengulangi kesalahan sama.

Disoal mengapa dalam banyak firma guaman beliau memilih Tetuan Lewis & Co, Zahid berkata, mengenali peguam dalam firma guaman itu selepas diperkenalkan rakannya dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pada satu peringkat, Zahid mempertikaikan keterangan Mazlina sebelum ini – sebagai saksi pendakwaan ke-90 perbicaraan – bahawa dia didakwa tidak pernah menyoal setiausaha itu mengapa dia tidak menggunakan cek peribadinya dan dia tidak pernah mempersoalkan mengapa dia memberikan cek YAB untuk ditandatanganinya bagi membayar bil kad kredit.

Dalam menolak keterangan yang didakwa palsu, Zahid mendakwa di mahkamah:

“Saya tidak pernah dan tidak akan memberi kebenaran kepada Mazlina untuk menggunakan cek Yayasan Akalbudi untuk kegunaan peribadi saya.”

Berhubung RM107,509.55 yang didakwa diselewengkan untuk membayar cukai jalan dan polisi insurans kenderaan peribadinya, Zahid mendakwa tuduhan ini adalah tidak benar sambil menegaskan bahawa setiausahanya yang bersalah.

“Saya nyatakan cek ini adalah cek Yayasan Akalbudi yang telah saya tandatangani untuk kegunaan Yayasan Akalbudi. Tetapi Mazlina telah menyalahgunakan cek tersebut untuk membuat pembayaran polisi insurans kenderaan dan lesen kenderaan bermotor,” katanya.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok