1,000 jemaah tolak tawaran haji

May 21, 2022 · Isu semasa

Bakal jemaah yang telah menerima tawaran menunaikan haji musim 2022, tetapi tidak melepasi saringan kesihatan yang ditetapkan perlu akur dan patuh dengan keputusan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata syarat berkenaan telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi dan tidak tertakluk kepada Lembaga Tabung Haji (TH).

“Kita (TH) tidak tetapkan syarat itu, kita kena raikan pandangan (syarat) mereka (Arab Saudi) dari sudut kesihatan… Nak elakkan masalah kesihatan seperti Covid-19 dan cuaca di sana juga nanti agak panas.

“Jemaah perlu patuh, bertanyalah pada ahli, tanyalah pada orang yang tahu kalau kamu tidak tahu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rehlah Till Jannah Siri 1/2022 di Perkampungan Darul Barakah di Marang, Terengganu, hari ini.

Menurutnya pada masa ini TH telah mengeluarkan surat tawaran bagi panggilan kedua kumpulan jemaah haji Malaysia musim 2022.

Idris berkata untuk panggilan pertama, lebih 1,000 jemaah terpaksa menolak tawaran disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya masalah kesihatan.

Pada tahun ini jemaah haji yang dibenarkan adalah berusia 65 tahun ke bawah, tiada penyakit kronik, mempunyai sijil vaksinasi COVID-19 dan perlu mengemukakan keputusan negatif ujian calitan (PCR) dalam tempoh 72 jam daripada masa berlepas.

Sementara itu mengenai loji penyembelihan Thomas Foods International (TFI) Lobethal, Australia, yang didakwa tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia, katanya pihaknya masih menunggu maklumat rasmi berkaitan isu itu.

“Sebaik sahaja kita dapat maklumat (awal), kita memang sudah hentikan (gantung serta merta kelulusan TFI) sampai siasatan selesai… Tapi kita nak dapatkan maklumat dalam bentuk fakta dan data, tak mahu dalam bentuk khabar angin,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Ramadan 2021 penuh dugaan, umat Islam Malaysia tetap sabar diuji
May 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok