Ringgit masih berdaya saing, inflasi terkawal ketika ketidaktentuan global

April 23, 2022 · Isu semasa

Mata wang tempatan kekal berdaya saing manakala inflasi terkawal walaupun terdapat gangguan daripada ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan global, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Katanya kedudukan luaran Malaysia yang kukuh, termasuk lebihan akaun semasa yang baik dan kedudukan pemiutang luaran bersih telah meningkatkan keupayaan negara dengan ketara untuk bertahan daripada ketidaktentuan dan kejutan luaran tersebut, lapor Bernama.

“Tambahan pula, asas-asas Malaysia kekal teguh seperti yang ditunjukkan oleh pertumbuhan dan daya saing eksport yang konsisten, rizab antarabangsa yang mencukupi serta trajektori inflasi yang rendah berbanding negara di rantau ini.

“Kesemua ini dijangka dapat terus menampan penurunan ringgit,” menurut MoF dalam kenyataan hari ini.

Ringgit mencecah paras 4.30 berbanding dolar AS pada Jumaat lepas, paras terakhir dilihat pada Jun 2020.

Menurut MoF, penyusutan nilai ringgit secara umumnya turut mengikuti jejak penyusutan mata wang utama dan serantau.

“Prospek mengetatkan dasar monetari secara lebih agresif oleh Bank Pusat Amerika Syarikat dengan kenaikan kadar 50 mata asas dijangka dilaksanakan pada Mei dan kelemahan keseluruhan mata wang di rantau ini merupakan sebahagian faktor yang turut mempengaruhi pergerakan nilai ringgit baru-baru ini,” katanya.

Setakat ini, purata dagangan tukaran asing dalam pesisir harian ialah US$12.6 bilion berbanding US$11.3 bilion pada 2021, dengan purata turun naik 3.9 peratus (purata 2021: 4.6 peratus).

“Nilai ringgit yang fleksibel akan terus memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia dengan memudahkan pelarasan sektor luaran yang bersesuaian dan melindungi ekonomi domestik daripada kejutan global yang memberikan kesan negatif,” menurut MoF.

Katanya dasar kawalan harga yang dikenakan oleh kerajaan dan subsidi yang diperuntukkan untuk petroleum RON95 dan pelbagai barangan makanan akan melindungi rakyat daripada sebarang implikasi tekanan inflasi.

“Kadar inflasi Malaysia pada tahun ini dijangka berada antara 2.2 peratus dan 3.2 peratus (2021: 2.5 peratus) iaitu lebih rendah berbanding negara lain dalam ASEAN,” katanya.

Menurut MoF, ini disokong oleh pengumuman Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) baru-baru ini mengenai kadar inflasi bagi bulan Mac 2022 yang kekal pada kadar sama dengan bulan Februari iaitu 2.2 peratus.

Melangkah ke hadapan, katanya MoF dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memantau kedua-dua risiko kewangan dan bukan kewangan terhadap ekonomi negara.

Ini termasuk ketegangan geopolitik baru-baru ini dan bagaimana ia akan menjejaskan rantaian bekalan global yang mungkin memberi tekanan inflasi yang lebih tinggi serta meningkatkan ketidaktentuan dalam pasaran pertukaran asing serta pasaran kewangan di Malaysia.

“BNM akan terus mengukuhkan kelancaran operasi pasaran pertukaran asing tempatan dengan sentiasa memastikan kecairan yang mencukupi serta memastikan perniagaan boleh merancang dan menjalankan aktiviti perdagangan serta transaksi pelaburan dengan lebih yakin,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
24 Jan keputusan kes rasuah Zahid
December 6, 2021
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok