Hisham beri jaminan perolehan projek LCS akan lalui proses telus

April 22, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pertahanan memberi jaminan bahawa projek perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk memperkemas aset angkatan laut negara akan melalui proses yang telus tanpa berlaku ketirisan dan penyalahgunaan kuasa atau rasuah.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perolehan aset untuk pertahanan negara itu mesti dirancang dengan pendekatan di luar kotak kerana isu pertahanan serta keselamatan negara dan rakyat tidak boleh dikompromi dengan wang ringgit, selain unsur politik dan pemikiran sempit, lapor Bernama.

“…jadi saya dan kepimpinan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) akan buat apa yang patut untuk memastikan tanggungjawab yang kita pikul, amanah yang telah pun diletakkan di atas bahu kita, akan kita tunaikan dengan sedaya-upaya kita mampu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama warga tentera darat di Kem Lapangan Terbang Tentera Darat di sini hari ini.

Rabu lepas, Kabinet yang bermesyuarat pada hari itu dengan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebulat suara memuktamadkan supaya projek perolehan LCS diteruskan.

Untuk rekod, LCS merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan 15-to-5 TLDM bagi memperkemas aset angkatan laut negara dan kesemua enam kapal yang dirancang adalah berasaskan rekaan Gowind oleh syarikat Perancis iaitu Naval Group yang dahulunya dikenali sebagai DCNS.

Sementara itu, Hishammuddin berkata dasar perindustrian pertahanan sedang digubal pada masa ini selain Rang Undang-Undang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah pun mendapat kelulusan Jemaah Menteri untuk dipinda, bagi membantu pencarum serta membela nasib golongan veteran ATM.

Selain itu, beliau berkata pihaknya sedia membantu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjejaki lebih 90 orang tahanan Rohingya yang masih belum ditemukan selepas melarikan diri dari Depot Imigresen Tahanan Sungai Bakap pada Rabu lepas, sekiranya diminta berbuat demikian.

“Kita belum ada permintaan (bantuan) daripada mana-mana agensi lain tetapi saya tahu bahawa pihak KDN cukup berkemampuan untuk berhadapan isu itu…apa saja diperlukan kalau kita boleh bantu, sebut sajalah untuk kebaikan bersama. Setakat ini saya yakin KDN masih mampu tangani,” katanya.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Pindaan Perlembagaan atau pada akta lain dalam isu kewarganegaraan: Saifuddin Nasution
November 1, 2023· Isu semasa
Larangan bertakbir semasa himpunan Palestin itu budi bicara penganjur: Saifuddin Nasution
October 24, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok