Bayaran RM9.5 juta diterima Shafee tak dilapor kepada LHDN, kata saksi SPRM

March 29, 2022 · Isu semasa

Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa satu aduan dibuat pada 4 Sept 2018 terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana disyaki menerima dua keping cek berjumlah RM9.5 juta daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohamad Farid Jabar, 37, berkata susulan aduan tersebut, siasatan terhadap peguam itu dibuat mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA), menurut laporan Bernama.

Saksi pendakwaan kelapan itu berkata hasil siasatan mendapati, Najib telah mengeluarkan dua keping cek masing-masing bernilai RM4.3 juta dan RM5.2 juta ke atas nama tertuduh pada 13 Sept 2013 dan 17 Feb 2014 semasa perjumpaan di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Beliau berkata kedua-dua cek itu tidak dibayar di atas nama firma guaman Shafee & Co dan bayaran tersebut tidak dikreditkan ke dalam mana-mana akaun firma guaman.

“RM9.5 juta itu merupakan bayaran bagi khidmat nasihat guaman yang diberikan tertuduh kepada Najib, parti dan perdana menteri sebelum ini kerana beliau telah memberikan khidmat guaman kepada klien daripada Barisan Nasional atau UMNO untuk 46 fail petisyen pilihan raya dari tahun 2004 dan 2006.

Bayaran khidmat guaman sebanyak RM9.5 juta itu merupakan pendapatan terakru yang dikenakan cukai tetapi Muhammad Shafee tidak melaporkan pendapatan itu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” kata saksi pendakwaan terakhir itu ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes Muhammad Shafee yang didakwa menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib dan dua pertuduhan membuat penyataan palsu kepada LHDN.

Saksi berkata peguam veteran itu juga tidak melaporkan pendapatan RM9.5 juta tersebut sebagai Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan di Bahagian E dalam Borang B Tahun Taksiran 2013 dan 2014.

Pada 13 Sept 2018, Muhammad Shafee, 70, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek dikeluarkan oleh Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz manakala tertuduh diwakili peguam Harvinderjit Singh.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung 27 April.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok