Kementerian Luar jawab berhubung isu pelantikan Nazri, Tajuddin sebagai Duta Besar

March 23, 2022 · Isu semasa

Isu pelantikan dua Ahli Parlimen (MP) iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dijawab Kementerian Luar di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Kementerian Luar memberitahu pencalonan Nazri yang juga MP Padang Rengas sebagai Duta Besar Malaysia ke Switzerland bukan ditolak tetapi ia disebabkan ketetapan negara itu yang mensyaratkan individu yang masih berkhidmat sebagai MP tidak boleh menjadi calon jawatan berkenaan.

“Saya ingin jelaskan bahawa pencalonan Ahli Parlimen Padang Rengas tidak ditolak oleh kerajaan negara penerima.

“Bagaimanapun, ia disebabkan pencalonan berkenaan tidak selari dengan dasar negara itu yang tidak menerima Ahli Parlimen masih berkhidmat sebagai calon Duta Besar,” katanya dalam jawapan itu.

Beliau menjawab soalan Pang Hok Liong (Pakatan Harapan-Labis) yang bertanya alasan sebenar Indonesia dan Switzerland menolak cadangan untuk Nazri dan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke negara berkenaan.

Berhubung pencalonan Tajuddin yang juga MP Pasir Salak sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Kementerian Luar mengesahkan negara jiran itu masih mempertimbangkan cadangan berkenaan.

“Berhubung isu pencalonan Ahli Parlimen Pasir Salak pula, kementerian ingin menyatakan perkara itu masih dalam pertimbangan kerajaan negara penerima,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Luar memaklumkan pemilihan individu berkaliber dan mempunyai latar belakang bersesuaian adalah penting untuk diangkat sebagai calon Ketua Perwakilan Malaysia, sama ada Duta Besar atau Pesuruhjaya Tinggi ke sesebuah negara.

“Ini memandangkan Ketua Perwakilan yang dilantik memikul tanggungjawab besar sebagai wakil rasmi negara, selain mengetengahkan dan mempertahankan kepentingan Malaysia di negara yang mereka ditauliahkan,” katanya.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Saman fitnah, Tajuddin diarah bayar Khalid RM120,000
October 19, 2023· Politik
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok