42 kompaun dikeluarkan sepanjang PRN Johor kerana langgar SOP

March 10, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 42 kompaun berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat ini.

Menterinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata daripada jumlah itu, 13 kompaun telah dijelaskan membabitkan nilai keseluruhan RM13,000, menurut laporan Bernama.

“Walaupun ada 42 kompaun dikeluarkan, tetapi setakat ini pematuhan boleh tahan dan saya harap akan kekal sehingga hari pengundian nanti kerana yang penting kita mahu pengundi Johor keluar mengundi dan rasa selamat untuk mengundi,” katanya selepas melawat Klinik Kesihatan Bukit Gambir hari ini.

Khairy pada masa sama meminta semua calon dan jentera parti yang bertanding supaya kekal mematuhi SOP terutamanya dalam soal penjarakan fizikal semasa sesi tinjauan dan ceramah.

“Penjarakan fizikal ni susah kita nak ‘maintain’ (kekalkan) satu meter sekarang, sebab itu saya maklumkan kepada penguat kuasa saya guna budi bicara dengan penjarakan yang munasabah,” katanya.

Beliau berkata KKM mengeluarkan lima kompaun kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak atas kesalahan pelanggaran SOP, namun sehingga kini hanya satu kompaun telah diserahkan pada 8 Mac lepas.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Guan Eng kena kecam isu kaum lain jadi PM Malaysia
October 27, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok