Bayi tujuh bulan antara mangsa banjir terpaksa tidur tepi jalan

March 1, 2022 · Isu semasa

Enam sekeluarga, termasuk bayi berusia tujuh bulan, adalah antara 30 mangsa banjir yang terpaksa bermalam di tepi jalan setelah rumah masing-masing di Kampung Gual Mesa, Pasir Mas, Kelantan ditenggelami banjir hingga ke paras bumbung.

Menurut seorang mangsa, Aniera Ibrahim yang memuat naik keadaan keluarganya di laman Facebook, mereka terpaksa bermalam di tepi jalan kerana tiada pusat pemindahan sementara (PPS) di kampung itu.

“Kami tiada tempat tidur… terpaksa tidur dalam kedai depan industri halal, tepi lebuhraya sebab tiada tempat pemindahan..

“Malangnya kedai dinaiki air jugak.. . terpaksa sekali lagi pindah tidur betul-betul tepi jalan,” tulisnya.

Sementara itu, memetik BHonline, mangsa turut membabitkan warga emas serta anak kecil berusia seawal tujuh bulan sehingga 12 tahun yang sudah dua malam berhadapan situasi terbabit.

Aniera, 27, berkata pada awalnya mereka berteduh di sebuah gerai, namun terpaksa beralih ke tempat lain apabila lokasi berkenaan turut dinaiki air.

“Kami diberi sebuah khemah daripada seorang penduduk yang mana berpakat menempatkan anak-anak kecil di dalam khemah berkenaan. Manakala yang dewasa terpaksa menahan kesejukan bermalam di atas hamparan yang dibentang di tepi jalan.

“Rumah kami terperangkap, nak ke pusat pemindahan sementara (PPS) juga sudah penuh, selain jalan yang menghubungkan lokasi kami berada, dinaiki air sehingga 0.8 meter.

“Insya Allah kami masih boleh bertahan, namun sangat mengharapkan bantuan makanan kerana kami sendiri terpaksa berjimat dengan menanak nasi daripada beras yang sudah basah akibat ditenggelami air,” katanya.

Anira berkata, mereka hanya makan apa yang ada hasil bekalan yang sempat diselamatkan daripada dapur masing-masing, sebelum kesemua kediaman mereka ditenggelami banjir dan hanya menampakkan bahagian bumbung sahaja.

Seorang lagi mangsa Fatimah Nik Lah, 53, berkata dia reda dengan apa yang terjadi kerana sudah tidak larat, selain mengakui berada dalam kesakitan susulan sakit di bahagian kaki.

“Selain saya, suami, Ismail Talib, 60, juga tidak begitu sihat tetapi terpaksa berteduh dan bermalam dalam kesejukan, malah ada masanya kami terlelap dalam kebasahan akibat tempias hujan kerana gerai ini tidak berdinding.

“Lebih memeritkan apabila kami hanya sehelai sepinggan apabila tidak sempat membawa pakaian bersama kerana air naik secara mendadak,” katanya.

Jelasnya, mereka masih belum menerima sebarang bantuan dan anaknya terpaksa meminta tolong melalui laman Facebook kerana sudah buntu memikirkan cara lain.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok