Beri rasuah RM150 kepada polis, warga Bangladesh mengaku salah

January 25, 2022 · Isu semasa

Seorang lelaki warga Bangladesh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan memberi rasuah kepada seorang pegawai polis supaya tidak mengambil tindakan undang-undang kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah, tahun lepas.

Hossain Md Shakib, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Bangladesh oleh jurubahasa di hadapan Hakim M. Bakri Abd Majid, menurut laporan Bernama.

Mengikut pertuduhan, Hossain dituduh memberi suapan iaitu wang tunai berjumlah RM150 kepada seorang inspektor polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah sebagai satu balasan untuk melepaskan diri tertuduh dan dua rakan warga Bangladesh daripada dkenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 6 Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal kemukakan dokumen perjalanan yang sah bertempat berhampiran jalan keluar Plaza Tol Sungkai pada pukul 2.50 petang, 10 Mac 2021.

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukkan sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hossain yang bekerja di sebuah kilang sejak empat tahun lepas dan mempunyai pendapatan sebanyak RM1,000 dilihat menangis ketika merayu supaya diberikan hukuman yang ringan kerana perlu menanggung dua orang anak dan lima lagi ahli keluarga yang berada di negara asalnya.

M. Bakri menetapkan tertuduh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau tiga bulan penjara jika tidak membayar denda itu.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi
March 21, 2022
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
PMX ajak golongan pekerja perangi rasuah
May 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok