Air naik di Sri Muda akibat longkang tersumbat: Bomba

January 24, 2022 · Isu semasa

Longkang tersumbat menjadi punca air bertakung di beberapa kawasan di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini berikutan hujan lebat sejak 4 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata keadaan paras air yang naik itu bagaimanapun mulai surut kira-kira 5 petang tadi, menurut laporan Bernama.

“Tiada laporan (banjir) yang diterima, pihak Bomba dan Penyelamat Shah Alam juga turun ke lokasi berisiko tinggi untuk banjir bagi meninjau. Setakat ini tiada laporan pemindahan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya.

Berdasarkan tinjauan Bernama, keadaan terkini setakat 6 petang, keadaan rumah bersebelahan Sungai Klang di Jalan Masyhur 25/50 Taman Sri Muda Seksyen 25 di sini terkawal dan tiada siren amaran banjir kedengaran selepas hujan sejak 4 petang hingga kini.

Antara jalan utama seperti Persiaran Budiman serta Bulatan Budiman berhampiran kawasan jambatan di Taman Sri Muda Seksyen 25 yang terkesan teruk akibat banjir pada 19 Dis lepas masih dapat dilalui oleh kenderaan dan pihak polis kelihatan melakukan rondaan bagi memastikan keadaan selamat serta terkawal.

Beberapa penduduk Taman Sri Muda juga kelihatan mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan kenderaan mereka di atas jambatan tersebut.

Mengikut statistik polis, banjir yang bermula 18 Dis lepas merekodkan jumlah kematian tertinggi di Selangor iaitu 25 orang termasuk 12 orang di Taman Sri Muda.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok