Kes gangguan seksual ADUN, tunggu siasatan polis sebelum ambil tindakan

January 18, 2022 · Isu semasa

Sebarang tindakan yang bakal diambil terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain perlu menunggu terlebih dahulu keputusan siasatan penuh pihak polis.

Rasman didakwa menjadi individu yang didakwa dalam laporan polis tular sebelum ini dikaitkan melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita.

Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, Senator Md Nasir Hashim, berkata buat masa ini polis menyiasat kes berkenaan ADUN Sedili itu berikutan ada laporan polis dibuat.

“Namun, Bersatu Johor akan mendapatkan penjelasan Rasman berkenaan kes itu dalam waktu terdekat. Kes ini sedang disiasat PDRM dan tidak elok untuk BERSATU Johor mengulas lanjut,” katanya dipetik laporan media.

Kelmarin, media melaporkan, polis menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang ADUN Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan dakwaan salah laku ADUN terbabit, terhadap wanita berumur 26 tahun di Balai Polis Kota Tinggi jam 11.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, Rasman menerusi kenyataan, dilaporkan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan seorang wanita yang membuat laporan polis yang mendakwa diganggu secara seksual, kelmarin.

Rasman dilaporkan berkata, tuduhan berkenan bukan sahaja satu konspirasi politik, malah fitnah serta cubaan untuk menjatuhkan maruah serta mencalarkan reputasi beliau selaku seorang wakil rakyat.

Beliau turut dilaporkan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya terhadap mana-mana individu yang cuba mencemarkan nama serta imejnya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Popular
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok