Vaksinasi: Lebih 9.6 juta individu terima suntikan dos penggalak

January 18, 2022 · Isu semasa

Seramai 9,609,454 atau 29.4 peratus daripada populasi yang layak telah menerima suntikan dos penggalak Covid-19, tatkala tinggal kira-kira 13 hari sahaja lagi semua individu berusia 60 tahun dan ke atas ‘wajib’ menerima suntikan dos ketiga.

Sebelum ini, kerajaan mengenakan peraturan supaya semua penerima dos lengkap vaksin Covid-19, Sinovac, yang berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dalam kenyataan pada 16 Disember 2021 lalu berkata individu yang berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin yang diambil sebelum ini juga perlu mendapatkan suntikan dos penggalak itu pada tempoh berkenaan.

“Sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas bulan Februari 2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap.

“Individu terbabit tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin Covid-19,” katanya.

Sementara itu, lebih 61.13 juta dos vaksin telah diberikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari tahun lalu bagi individu berusia 12 tahun dan ke atas.

Daripada jumlah itu, 25,681,131 atau 78.6 peratus populasi telah lengkap divaksinasi, manakala 26,047,947 atau 79.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

PICK dilancarkan ketika Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah dalam usaha memastikan rakyat negara ini kebal daripada jangkitan wabak yang menular ke seluruh dunia sejak akhir 2019 bermula dari China.

Malah, kejayaan PICK dapat dilihat setelah kadar jangkitan Covid-19 dan kemasukan ke hospital berkurangan dengan amat ketara, sekali gus membolehkan rakyat Malaysia menjalani kehidupan dalam norma baharu.

Tiga hari lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata hasil daripada usaha jitu semua pihak, selain pelaksanaan PICK, garis lengkung atau keluk pandemik Covid-19 di negara ini juga telah berjaya dilandaikan. Berita berkaitan

Sementara itu, seramai 22,906,072 individu dewasa atau 97.8 peratus telah lengkap divaksinasi, manakala 23,185,749 atau 99.0 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja pula, seramai 5,637,257 daripada mereka telah menerima suntikan vaksin Covid-19, dengan 2,775,059 atau 88.2 peratus telah lengkap divaksinasi, dan 2,862,198 atau 91.0 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Guan Eng kena kecam isu kaum lain jadi PM Malaysia
October 27, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok