Ladang babi di Melaka diwarta kawasan wabak berjangkit

January 13, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Melaka mengiisytiharkan 35 ladang ternakan babi sekitar Paya Mengkuang, Masjid Tanah sebagai kawasan wabak berjangkit.

Pewartaan itu berkuat kuasa serta-merta selepas mencapai keputusan dalam Mesyuarat Mingguan Exco negeri, ia ekoran penularan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) dalam kalangan haiwan ternakan terbabit, sejak bulan lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkata menerusi warta itu, semua ladang ternakan babi di kawasan berkenaan akan dikawal ketat, termasuk urusan berkaitan keluar masuk haiwan terbabit.

“Kita bersetuju mewartakan kawasan ternakan itu dan kawalan ketat akan diambil di kawasan terbabit bagi mengekang wabak ASF terus merebak,” katanya dipetik laporan BH.

Wabak ASF dikesan sejak 24 Disember lalu di tujuh ladang babi di Paya Mengkuang oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Ia selepas pihak jabatan berkenaan menerima laporan daripada penternak yang terbabit dan pengesahan sampel diuji di Makmal Veterinar Sepang pada 20, 22 dan 23 Disember lalu.

Sementara itu, Sulaiman berkata, kerajaan negeri akan memasang siren kecemasan bencana di beberapa kawasan yang berisiko banjir.

Beliau berkata, perkara berkenaan masih di peringkat kajian dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

“Melaka mempunyai banyak kawasan berisiko bencana banjir, namun kita akan memberikan perhatian khusus di kawasan `hotspot’ dan sering dilanda banjir besar seperti bulan lalu.

“Diharap menerusi kaedah itu mampu memberi amaran awal kepada penduduk yang tinggal di kawasan banjir supaya bersedia sebelum kediaman mereka dinaiki air,” katanya.

Berita berkaitan
Wanita larikan bar emas ditahan polis di Melaka
November 8, 2023· Isu semasa
Tindakan akan diambil terhadap ADUN UMNO sertai program PN: Zahid
August 25, 2023· Politik
NGO serah bukti skandal seks Exco Melaka, gesa siasatan segera
May 10, 2023· Politik
NGO minta orang ramai bantu cari wanita dalam skandal seks, buat tawaran
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
‘Terengganu Menangis’: 26 hadir kenduri terjangkit Covid-19
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok