
Skandal wanita dengan seorang Exco Melaka
Wanita yang terlibat dalam dakwaan skandal seks dengan seorang Exco Melaka diminta tampil untuk memudahkan pihak berkuasa melakukan siasatan berhubung isu rasuah dalam kerajaan negeri itu.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Melaka turut membuat tawaran kepada orang ramai untuk membantu mencari wanita dikaitkan dalam skandal rasuah seks yang tular baru-baru ini.
Penyelaras SAMM Melaka Zamri Abu Bakar berkata, individu yang dapat menemukan wanita terkait dalam pendedahan tersebut akan diberikan RM3,000 manakala perakam akan menerima saguhati RM2,000.
“Sesiapa sahaja boleh hubungi saya dengan whatsapp https://wa.me/60182723505.
“Kes ini sangat serius namun sangat kecewa dengan sikap ketua Menteri Melaka yang dilapor media tidak peduli perkara ini betul atau salah.
“Malah ini merupakan ujian litmus Kerajaan Madani di mana setakat ini ternyata gagal kerana Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri membisu seolah-olah melindungi apa terjadi,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Sebelum ini Zamri mendakwa ada banyak bukti didedahkan menerusi media sosial mengaitkan Exco berkenaan yang didakwa membayar sehingga RM15,000 sebulan bagi mendapatkan khidmat seks dari seorang wanita.