NGO serah bukti skandal seks Exco Melaka, gesa siasatan segera

May 10, 2023 · Politik

Beberapa bukti tangkap layar perbualan WhatsApp dan rakaman video melibatkan skandal seks seorang wanita dengan seorang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka diserahkan kepada pihak berkuasa.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesahkan bukti melibatkan skandal seks Exco Melaka itu diserahkan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mendesak supaya siasatan segera dijalankan.

“9 Mei, SAMM sebelum masuk ke IPD Dang Wangi dalam sidang media telah umum pada media serah semua maklumat dan rakaman kepada SPRM dan PDRM. Tidak ada alasan pihak berkuasa tidak bertindak,” kata Ketua Penyelaras Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard.

Terdahulu SAMM Melaka membuat satu laporan kepada SPRM Melaka dan Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah dibuat masing-masing pada 27 April dan 4 Mei lalu selepas penularan satu video pendek, tangkap layar bersifat lucah tersebar di negeri itu.

“Kami buat dua aduan itu selepas Ketua Menteri Melaka sendiri menyifatkan dakwaan ke atas exco negerinya itu bersifat fitnah semata-mata.

“Oleh demikian, kami telah membuat tawaran RM5,000 kepada sesiapa yang boleh memberikan maklumat mengenai wanita tersebut dan juga menemukan kita dengan perakam video jijik itu,” katanya lagi.

Tambah Chegubard, segala bukti berkenaan telah diperoleh dalam bentuk dokumen dan juga video yang disimpan dalam pena pemacu.

Katanya, beliau berasa jijik dengan perbuatan Exco berkenaan yang menggunakan wang yang ada untuk membayar wanita berbogel dan disuruh beronani secara langsung dalam video.

“Kebetulan hari ini pegawai polis dari IPD Melaka Tengah telah menghubungi kami dan segala persiapan dibuat yang mana segala bukti-bukti yang kami peroleh dalam kes exco Melaka akan diserahkan kepada pegawai berkenaan di IPD Dang Wangi nanti.

“Maka selepas ini polis tidak akan ada alasan lagi untuk tidak bertindak siasat dan mengambil tindakan susulan dalam isu Exco Melaka itu nanti.

“Oleh demikian, sekarang kami hanya mahu maklumkan kepada Datuk Seri Rauf Yusof (Ketua Menteri Melaka) bahawa kita sudah ada segala bukti berkaitan penglibatan Exco mereka dalam bantu siasatan.

“Kami telah turun sehingga lubang cacing dan korek maklumat untuk dapatkan bukti berkenaan dan kini kami juga kenalpasti perakam video lucah itu dan difahamkan dia telah didekati oleh wakil Exco terbabit dan memadam rakaman video dalam gajet dia.

“Maka untuk itu satu lagi laporan polis dibuat juga minta siasatan dijalankan,” ujarnya.

Berita berkaitan
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
12 jam lalu· Politik
Polis buru along buat ugutan kepada Ketua Polis Pulau Pinang
June 5, 2023· Isu semasa
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
June 4, 2023· Isu semasa
C4 bidas PMX lagi lantik Azam Baki, tak faham kenapa masih disambung lantikan
June 3, 2023· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO-BN ditawar tanding 16 kerusi di N. Sembilan, tapi minta tambah dua lagi
8 minit lalu · Politik
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
19 minit lalu · Politik
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
50 minit lalu · Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
59 minit lalu · Politik
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
1 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok