Jumlah kes kluster OKK Awang Besar Saudi di Labuan meningkat

January 7, 2022 · Isu semasa

Jumlah kes baharu varian Omicron daripada kluster OKK Awang Besar Saudi di Labuan sehingga 6 Januari 2022, meningkat kepada 18 kes berbanding 13 sebelum ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata pihaknya kini bersiap sedia sepenuhnya untuk kemungkinan berlaku lonjakan kes baharu melibatkan varian tersebut, di samping menggesa orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dengan mematuhi protokol ditetapkan dan mengamalkan penjarakan fizikal.

“Jumlah kes Covid-19 bertambah berikutan kemunculan kluster baharu ini, dan kami juga menjangkakan peningkatan kes dalam beberapa hari akan datang,” katanya lapor Bernama.

Menurutnya, jangkaan peningkatan kes bukan sahaja disebabkan daripada kemasukan pengembara, tetapi kemungkinan besar juga daripada kalangan pelajar memandangkan sesi persekolahan dibuka semula minggu depan.

“Berikutan itu, kami memutuskan untuk membekukan cuti tahunan petugas kesihatan,” katanya.

Sementara itu, Dr Ismuni memaklumkan seorang pelajar Kolej Matrikulasi Labuan dari Sabah yang dijadual memulakan semester baharu dikesan positif Covid-19 beberapa hari lalu.

“Pelajar berkenaan menjalani kuarantin dalam bilik, dan kami sentiasa memantau keadaan kesihatannya serta kemungkian berlaku jangkitan dalam kalangan pelajar lain,” katanya.

Dr Ismuni berkata selepas kejayaan mengekang wabak tersebut, Labuan menyaksikan trend yang masih turun naik bagi kes baharu Covid-19, dengan merekodkan dua digit kes baharu pada 2 Januari, sebelum turun kepada dua dan lima kes masing-masing pada 3 dan 4 Januari, kemudian meningkat semula kepada 15 kes pada 5 Januari dan 20 kes semalam.

“Daripada 20 kes yang kami laporkan semalam, 18 kes adalah daripada dua keluarga yang pulang dari Kelantan dan Sabah. Ini menunjukkan pematuhan SOP semakin diambil ringan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya unit penguatkuasaan kesihatan diarah meningkatkan pemantauan terhadap pematuhan SOP terutamanya di premis makanan dan minuman.

“Semua orang tidak akan terlepas daripada kompaun sekiranya didapati melanggar SOP kerana kami bukan sahaja menyasarkan pengusaha premis perniagaan, tetapi juga individu (pelawat dan pelanggan),” katanya.

Dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi Labuan merekodkan 14 kes baharu berbanding 20 kes semalam

Sehingga semalam, Wilayah Persekutuan itu mencatat 10,883 kumulatif positif, dengan 10,648 pesakit telah sembuh, 151 kes kematian dan 84 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 49 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 25 ditempatkan di PKRC; sembilan dimasukkan ke hospital; dan seorang pesakit di rawat di unit rawatan rapi.

Berita berkaitan
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok