Maritim lancar operasi elak kapal hanyut rempuh pelantar minyak

January 4, 2022 · Isu semasa

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melancarkan operasi bagi menyelamatkan sebuah pelantar minyak di milik Petronas di Terengganu daripada kemungkinan dilanggar sebuah kapal hanyut, semalam.

Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata pihaknya menerima laporan daripada syarikat perkapalan Indonesia berkenaan kapal Limin Rosmina, telah terputus tali tunda ketika menunda kapal Winposh Rampart, tanpa kru.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata Winposh Rampart yang panjang 72 meter dengan berat 2,588 ‘gross tonnage’ dalam perjalanan dari Matak, Indonesia menuju ke Yang Pu, China di kedudukan kira-kira 120 batu nautika dari Kuala Terengganu.

“Kejadian berlaku sekitar jam 3.15 petang, di mana kedua-dua kapal terbabit berada di dalam perairan Vietnam dan telah terputus tali tunda berikutan cuaca buruk lalu hanyut hingga memasuki perairan Malaysia.

“Analisis penilaian risiko mendapati, kapal Winposh Rampart berpotensi melanggar pelantar minyak Telok A milik Petronas dan boleh mengakibatkan pelantar minyak tersebut meletup serta melibatkan kemalangan nyawa sekiranya tiada bantuan awal diberikan bagi menanganinya.

Berikutan itu, katanya, Maritim Malaysia telah mengkoordinasi bantuan bersama Petronas untuk menunda kapal Winposh Rampart ke lokasi yang lebih selamat.

“Pasukan Tindakan Khas (PTK) Maritim Malaysia juga telah diatur gerak bersama pesawat AW139 bagi menganalisis situasi dan mengenal pasti kaedah bagi mengelakkan kapal daripada terus hanyut dan risiko kebarangkalian melanggar pelantar.

“Aset yang terlibat bagi operasi ini adalah Kapal Maritim (KM) Jujur dan Pesawat AW139 bersama enam anggota PTK telah bergerak ke lokasi kapal tersebut hanyut untuk memberi bantuan.

“Manakala Petronas turut menghantar kapal Icon Lotus dan SK Pilot pada jam sekitar 10.00 pagi tadi bagi memantau serta membantu operasi tersebut,” katanya.

Berita berkaitan
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Kumpulan pemerhati rasuah gesa dedah perjanjian tambahan LCS
October 11, 2023· Isu semasa
MINDEF dibidas PAC ekoran perjanjian dimerterai tanpa persetujuan AGC
October 9, 2023· Isu semasa
Dedahkan dokumen perjanjian maritim dengan Indonesia, kata PN Sabah
August 20, 2023· Isu semasa
Popular
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Tak jawab tuduhan, tapi PM baharu saman MP Kuala Terengganu pula
December 22, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok