Tak ramai berkahwin pada 2020

December 3, 2021 · Isu semasa

Jumlah individu yang melangsungkan perkahwinan sepanjang tahun lalu menurun kepada 9.4 peratus kepada 184,589, berbanding 203,661 sepanjang 2019 disebabkan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Statistik Perkahwinan dan Perceraian Malaysia 2021, yang dikeluarkan hari ini penurunan angka perkahwinan pada 2020 adalah disumbangkan oleh penurunan 1.8 peratus bilangan perkahwinan dalam kalangan umat Islam sebanyak 145,202 berbanding 147,847 pada 2019.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bilangan perkahwinan bukan Muslim turut menurun daripada 55,814 pada 2019 kepada 39,387 pada 2020.

Menurutnya, purata umur bagi pengantin wanita menurun daripada 27 tahun pada 2019 kepada 26 tahun pada 2020, manakala purata umur pengantin lelaki kekal pada 28 tahun.

Beliau berkata pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP telah memberi impak pada statistik perkahwinan di Malaysia.

Statistik tersebut menunjukkan bahawa ketika penguatkuasaan PKP, bilangan perkahwinan menurun secara signifikan iaitu sebanyak 88 peratus pada April 2020, yakni daripada 14,056 pada 2019 kepada 1,694 pada April 2020.

Mohd Uzir berkata bilangan perceraian pada 2020 adalah 45,754, sekali gus menunjukkan trend penurunan berbanding 56,624 pada 2019.

“Bilangan tertinggi perceraian melibatkan kumpulan umur 30-34 tahun bagi kedua-dua pengantin lelaki dan pengantin wanita,” katanya.

Sejajar dengan penurunan bilangan perceraian, kadar perceraian umum bagi lelaki menurun daripada 7.2 ke 5.8 per 1,000 populasi lelaki berkahwin berumur 18 tahun dan ke atas.

Trend yang sama dilaporkan bagi wanita, iaitu penurunan daripada 7.7 kepada 6.1 per 1,000 populasi wanita berkahwin berusia16 tahun dan ke atas.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok