Anwar gagal cabar tindakan Muhyiddin nasihat Agong gantung Parlimen

November 24, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan hari ini menjelaskan bahawa kuasa mahkamah bergantung kepada apa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan, bukannya apa yang difikirkan oleh sesetengah pemikir politik apa itu kuasa kehakiman.

Penjelasan itu dibuat ketika mahkamah berkenaan menolak rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan empat wakil rakyat untuk mencabar tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong menggantung Parlimen semasa tempoh darurat.

Hakim Datuk Has Zanah Mehat berkata menurut Perkara 150 (6) dan (8) Perlembagaan Persekutuan, Parlimen berhasrat untuk mengecualikan semakan kehakiman terhadap keputusan mengisytiharkan darurat serta menutup pintu mahkamah terhadap sebarang cabaran undang-undang yang dibuat semasa darurat dan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Mahkamah tidak mendapati kesilapan undang-undang oleh tiga hakim Mahkamah Tinggi semasa menolak kebenaran untuk semakan kehakiman.

“Oleh itu, kami menolak rayuan tanpa perintah mengenai kos,” kata Hakim Has Zanah, yang bersidang bersama Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, dalam prosiding yang dijalankan secara maya.

Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Has Zanah berkata mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk melayan permohonan semakan kehakiman walaupun kebenaran diberikan kepada perayu.

“Ia akan dilaksanakan dengan sia-sia kerana mahkamah dilarang oleh Perkara 150 (8) Perlembagaan Persekutuan daripada mempersoalkan penggunaan budi bicara oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai pengisytiharan darurat,” katanya.

Rayuan itu dikemukakan Anwar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram dan Ahli Parlimen (MP) Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub; ADUN Gurun dan MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, ADUN Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari dan MP Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim untuk kebenaran memulakan permohonan semakan kehakiman terhadap bekas perdana menteri itu dan kerajaan.

Pada 22 April lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar nasihat Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menggantung sidang Parlimen darurat seluruh negara.

Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Datuk Seri Mariana Yahya (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak permohonan Anwar atas alasan mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar semakan kehakiman berdasarkan Perkara 150(6) dan 150(8) Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Mariana memutuskan bahawa nasihat Jemaah Menteri dan Muhyiddin kepada Al-Sultan Abdullah untuk mengisytiharkan Ordinan Darurat adalah tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman pada 25 Jan lepas, dengan menamakan Muhyiddin dan kerajaan masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Beliau memohon deklarasi bahawa keputusan yang diberikan oleh Jemaah Menteri, diketuai Muhyiddin untuk menasihati Al-Sultan Abdullah untuk mengisytiharkan Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang telah mengakibatkan penggantungan Parlimen adalah bertentangan dengan undang-undang, tidak berperlembagaan, tidak sah, tidak mempunyai sebarang kesan dan ultra vires.

Pada 11 Mac lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan Salahuddin, Johari dan Abdul Aziz atas perkara yang sama manakala permohonan kebenaran Hassan ditolak Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 26 April lepas.

Mereka juga menamakan Muhyiddin dan kerajaan sebagai responden dalam permohonan mereka.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
PMX ajak golongan pekerja perangi rasuah
May 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok