Kerajaan teliti kedudukan kewangan berhubung diskaun bil elektrik

October 6, 2021 · Isu semasa

Sebarang pertimbangan untuk pemberian rebat atau diskaun bil elektrik pada masa akan datang adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan kerajaan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata kerajaan sedar bahawa semua kategori pengguna elektrik terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak awal tahun 2020.

“Pada 2020 kerajaan memberikan diskaun bil elektrik melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.75 bilion yang dibiayai bersama Kementerian Kewangan melalui dana Kumpulan Wang Covid-19 (KWC), dana Kumpulan Wang Industri Elektrik dan Tenaga Nasional Berhad,” katanya di Dewan Rakyat lapor Bernama.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada cadangan Shaharizukirnain Abdul Kadir (PAS-Setiu) pada sesi perbahasan, agar pemberian diskaun bil elektrik kepada pengguna domestik perusahaan mikro kecil dan sederhana yang berakhir pada 30 Sept lepas dilanjutkan hingga Disember ini.

Takiyuddin berkata pemberian diskaun bil elektrik sehingga 40 peratus secara bersasar kepada pengguna domestik dan diskaun lima peratus kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi tempoh 1 Julai hingga 30 Sept 2021 di Semenanjung dan Sabah itu, melibatkan peruntukan RM487 juta.

Sementara itu dalam respon kepada isu perlombongan diutarakan Wong Chen (PH-Subang), beliau berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa memastikan Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) tidak dikeluarkan untuk perlombongan di atas tanah berstatus Hutan Simpanan Kekal atau rizab perlindungan, serta kawasan yang diwartakan sebagai kawasan sensitif alam.

“Malah Kerajaan Persekutuan juga amat tidak bersetuju jika ada cadangan untuk kerajaan negeri membuat pewartaan keluar Hutan Simpanan Kekal bagi tujuan perlombongan,” katanya.

Berita berkaitan
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023· Politik
PAS minta ahli dan penyokong bertenang selepas Sanusi ditahan
July 18, 2023· Politik
Kerajaan tekan kumpulan T20, rakyat yang akan kena kesan: Ka Siong
July 2, 2023· Politik
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok