Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin

December 5, 2023 · Politik

Tan Sri Lim Kit Siang dinasihati supaya mencadangkan kepada UMNO supaya menukar Presiden mereka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan membidas pemimpin veteran DAP yang kini menjadi sekutu UMNO dan Zahid itu ekoran kritikannya terhadap Tan Sri Abdul Hadi Awang, walhal realitinya UMNO kini yang sudah hilang sokongan rakyat, khususnya orang Melayu.

“Jika Tan Sri Lim berasa berhak untuk menimbulkan persoalan mengenai perubahan kepimpinan parti-parti selain DAP maka lebih tepat dan berfaedah jika beliau menasihati parti sekutunya dalam kerajaan, khasnya UMNO yang jelas semakin kehilangan sokongan dalam kalangan ahlinya sendiri, apatah lagi orang awam.

“Keadaan ini sepatutnya lebih membimbangkan Tan Sri Lim, terutamanya apabila kepimpinan UMNO turut terpalit dengan kes-kes jenayah besar yang pernah ditentang oleh DAP sendiri tidak lama dulu,” kata Takiyuddin.

Beliau menggulas kenyataan veteran DAP itu yang menimbulkan persoalan sama ada Hadi akan memberi laluan kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar untuk menjadi presiden.

Takiyuddin berkata, sebagai ahli politik Kit Siang sepatutnya menyerdari bahawa calon UMNO, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor kehilangan kira-kira 20,000 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Terengganu Sabtu lepas.

“Trend ini sangat jelas dalam semua PRK yang diadakan selepas PRU-15 baik di Terengganu, Johor mahupun Pahang.

“Justeru lebih bermanfaat sekiranya Tan Sri Lim Kit Siang memberi tumpuan kepada masalah dalaman PH-BN sendiri, serta isu kehilangan sokongan dan populariti yang dialami oleh Putrajaya.

“Bukannya terus bermain politik picisan, hipokrit, hyperbole dan spekulatif yang tidak akan membantu mewujudkan masyarakat serta negara yang lebih baik, jujur dan demokratik,” katanya.

Takiyuddin berkata, Pas tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Hadi dan kedudukannya sebagai presiden hanya dicabar sekali namun gagal.

Pencapaian PAS bawah kepimpinan Hadi adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan era sebelumnya.

“PAS kini merupakan parti tunggal terbesar dengan kerusi terbanyak di Parlimen, menguasai pentadbiran empat negeri dan mempunyai wakil di semua Dewan Undangan Negeri di Semenanjung,” kata beliau.

Kit Siang sebelum ini menyatakan keyakinan Ahmad Samsuri yang dilihat lebih sederhana dan terbuka mampu membawa PAS ke tahap lebih jauh jika menjadi presiden parti itu.

Bagaimanapun, veteran DAP itu mempersoalkan sama ada Hadi akan memberi laluan kepada Ahmad Samsuri untuk jawatan tersebut.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
3 jam lalu· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
20 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok