Kerajaan tekan kumpulan T20, rakyat yang akan kena kesan: Ka Siong

July 2, 2023 · Politik

Tindakan kerajaan campuran yang menekan golongan berpendapatan tinggi atau T20 akan memberi kesan kepada rakyat bawahan, kata Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Presiden MCA itu berkata menasihati kerajaan campuran dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak berdendam dengan kumpulan T20 kerana hakikatnya mereka adalah penyumbang utama kepada ekonomi negara.

“Kita jangan berdendam dengan kumpulan ini, (kerana) mereka juga penyumbang kepada ekonomi. Merekalah yang akan mencipta peluang pekerjaan kepada pekerja.

“Kita kena faham, ini teori asas ekonomi. (Sepatutnya kerajaan kena) anggap kumpulan ini (T20) penting.

“Jangan kita mengenakan kenaikan (tarik subsidi elektrik) secara mendadak, apabila mereka sesak nafas orang lain akan terkesan khususnya pekerja,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Reaksi Ka Siong itu mengulas keputusan kerajaan untuk tidak lagi memberikan subsidi elektrik kepada golongan itu

Pada, Mei lalu, Perdana Menteri mengumumkan golongan T20 tidak akan lagi menerima sebarang subsidi sama ada untuk penggunaan elektrik mahupun untuk menunaikan haji di Makkah.

Jelasnya, sistem penyelarasan data iaitu Pangkalan Data Utama (PADU) yang dijangka siap menjelang hujung tahun ini akan menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang sepatutnya layak.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, tindakan kerajaan menghukum golongan itu hanya mendatangkan kesengsaraan kepada rakyat memandangkan rata-rata majikan terdiri daripada kumpulan T20.

Katanya, tidak mustahil disebabkan ketiadaan subsidi berkenaan majikan akan membuat pilihan untuk memberhentikan pekerja atau menaikkan harga produk mereka.

“Kalau pekerja telah dipecat, siapa yang menanggung kesengsaraan, siapa hendak bela? Ini hanya akan menyebabkan masalah berlarutan.

“Sebab itu saya kata, dalam kes ini, tanyalah pihak industri. Tengoklah mereka yang meniaga kecil. Apa kesan (apabila ketiadaan subsidi elektrik),” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Guan Eng batal peruntukan UTAR, tapi Perikatan Nasional beri balik
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
1 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
19 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok