Rusuhan pukul polis, pihak tokong akui bersalah dan minta maaf

October 2, 2021 · Isu semasa

Selepas tular video insiden rusuhan dan tindakan beberapa individu berbangsa Cina memukul polis baru-baru ini, akhirnya pihak Tokong Chee How di Salak Selatan, Kuala Lumpur meminta maaf kepada pihak berkuasa dan orang ramai.

Pihak tokong yang dikatakan dalang rusuhan tersebut mengakui kesalahan mereka, malah akan menarik semula tuntutan terhadap tanah tersebut dan bekerjasama dengan kerajaan serta Kementerian Pendidikan bagi menyelesaikan kemelut isu tanah disitu.

“Kami dengan rasa amat kesal dan memohon maaf berhubung kekeliruan dan kontroversi yang timbul dari insiden itu.

“Kami akan menyerahkan kunci pagar yang berdekatan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Kementerian Pendidikan agar mereka dapat melakukan kerja-kerja pembinaan yang sewajarnya,” kata tokong itu dalam satu kenyataan.

Terdahulu, tular satu video seramai lebih kira-kira 30 individu merusuh kerana membantah tindakan PTG Kuala Lumpur mahu membina laluan ke kawasan pembinaan sebuah sekolah berhampiran tokong terbabit.

Dalam operasi itu, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras hadir bagi memastikan keselamatan dan kelancaran operasi. Ketika operasi dijalankan, terdapat sekumpulan lelaki dan wanita membawa kayu dan besi membantah tindakan itu.

Kumpulan ini menghalang dan merosakkan jentolak, selain menyerang anggota polis yang bertugas di tempat kejadian.

Pihak tokong itu juga berkata bahawa ia sanggup bertanggungjawab ke atas kejadian itu dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Setakat ini, 24 individu telah ditangkap berhubung rusuhan tersebut. Polis berkata suspek disiasat kerana melakukan rusuhan dengan senjata. Tiada nyawa yang terkorban dilaporkan.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
PMX ajak golongan pekerja perangi rasuah
May 1, 2023
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok