Covid-19 belum hilang, jangan leka: Tengku Zafrul

September 19, 2021 · Isu semasa

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak leka dan kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan apabila lebih banyak sektor akan dibuka menjelang negara memasuki fasa endemik Covid-19.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang memberikan nasihat itu berkata penting untuk masyarakat berbuat demikian kerana perkembangan semasa menunjukkan masih berlakunya kluster Covid-19 melibatkan sektor tertentu.

Menurutnya kluster berkenaan wujud akibat sikap sesetengah masyarakat yang mula alpa menjaga SOP susulan lebih banyak sektor ekonomi dibuka dan perkara itu boleh dilihat menerusi aktiviti sosial yang dilonggarkan baru-baru ini.

“Ini (kewujudan kluster) kerana kadang-kadang kita dah macam ‘okey kembali normal, tak payah lagi dah nak ikut SOP’. Kita dapat lihat dari segi aktiviti sosial juga ramai juga yang macam dah lupa (menjaga SOP),” katanya lapor Bernama.

Terdahulu, Tengku Zafrul dijemput dalam rancangan Optik @ Selamat Pagi Malaysia bertajuk, Pelan Pemulihan Negara (PPN) terbitan RTM, hari ini.

Tengku Zafrul berkata demikian menjawab pertanyaan hos rancangan itu berhubung nasihat beliau tentang peranan paling penting yang boleh dijalankan masyarakat untuk membantu mereka melalui kehidupan selesa seperti biasa dengan pembukaan ekonomi lebih stabil.

Pada masa sama, Tengku Zafrul berkata Kementerian Kewangan bersikap terbuka dalam membantu mereka yang terkesan dari segi ekonomi, malah buat kali pertama dalam sejarah negara, kementerian itu telah menerbitkan Kenyataan Pra-Bajet (KPB) menjelang Belanjawan 2022.

Menurutnya kementerian itu juga memberi peluang kepada rakyat berjumpa mereka secara maya dan bertulis, selain mengeluarkan kertas konsultasi awam untuk mendengar dengan lebih mendalam pendapat pakar dari luar.

“Itulah dua fokus kami untuk membantu rakyat dan juga perniagaan buat masa terdekat ini dan juga membuat perancangan untuk tahun 2022 supaya negara kita pulih semula.

“Kami (Kementerian Kewangan) agak optimistik, kami dapat lihat forecast ataupun unjuran IMF (Dana Kewangan Antarabangsa) dan Bank Dunia untuk Malaysia tahun depan adalah agak positif,” katanya.

Selain itu, Tengku Zafrul yang juga Menteri Penyelaras PPN menjelaskan PPN merupakan pelan yang dinamik dengan menggunakan data semasa untuk membuat keputusan yang akan dibawa kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan jawatankuasa pengurusan pandemik.

Beliau berkata PPN akan menggunakan laporan terbaru yang bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga peringkat antaranbangsa untuk membuat keputusan dalam pelan tersebut.

“Apa yang kita dapat lihat, contohnya dos penggalak (Covid-19), ini perbincangan telah diadakan di KKM (Kementerian Kesihatan), Menteri kesihatan pun telah buat pengumuman yang kita akan mulakan dos penggalak, insya-Allah dalam masa terdekat. Dalam PPN kita fokus kepada ekonomi dan juga sosial,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok