Zahid boleh kena tindakan jika berbohong isu Anwar, DAP

April 5, 2021 · Isu semasa

Tan Sri Annuar Musa tidak menolak tindakan disiplin boleh diambil terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jika didapati berbohong dalam isu kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP seperti didakwa oleh blogger terkenal, Raja Petra Kamaruddin dalam portalnya.

Katanya, walaupun dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 minggu lalu Zahid kekal melaungkan ‘No Anwar No DAP’, tuduhan kerjasama berkerjasama itu masih samar.

“Tak mungkin DSZH berbohong kepada hampir 3,000 perwakilan. Jika terbukti beliau berbohong,dan benar beliau ada berhubung dan membuat perhitungan dengan Anwar, akibatnya amat buruk sekali.

“Antaranya usul yang diluluskan sebulat suara menjadi null and void. Malah jika MKT mahu, presiden UMNO boleh dikenakan tindakan.

Justeru, bekas Ketua Penerangan UMNO itu berkata, tulisan Raja Petra tidak lebih daripada satu andaian dan teori beliau sendiri.

Lagipun, katanya, Zahid bukanlah baharu setahun jagong dalam dunia politik, dan beliau mengetahui bahawa akar umbi menolak Pakatan Harapan (PH), Anwar dan DAP.

“Melanggar hasrat akar umbi akan membawa politik DSZH kepada nokhtah. Bagi kita UMNO, usul terima dan sokong ucapan dasar presiden tanpa pindaan dan sebulat suara sudah lulus.

“Semua wajib akur. Itulah etika berparti. Lainlah kalau ada sesuatu sebalik ucapan, yang memesongkan atau misleading’..itu lain’,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
‘Terengganu Menangis’: 26 hadir kenduri terjangkit Covid-19
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok