Saman RM150 juta Dr Mahathir, sampai masanya PMX dedah bukti enam kotak?

June 1, 2023 · Politik

Sekali lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon lanjutan untuk menjawab kes saman RM150 juta yang difailkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum ini pada 4 April lalu, Perdana Menteri (PMX) juga turut meminta lanjutan kepada Dr Mahathir untuk menjawab notis saman dikemukakan negarawan itu, bagaimanapun tidak memberi sebarang maklum balas dan kemudiaan berkata sedia untuk bertarung di mahkamah.

Untuk rekod, Dr Mahathir menyaman Anwar kerana didakwa memfitnahnya pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 ekoran kenyataan tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya iaitu beliau mempunyai berbilion ringgit dan mengagihkan untuk keluarga, anak dan sebagainya serta dia seorang penyangak.

Saman itu merupakan kali pertama dalam sejarah dikemukakan oleh Dr Mahathir terhadap musuh politiknya dan tidak pernah dilakukan kepada mana-mana penentang dan pengkritiknya sebelum ini.

Jelas Dr Mahathir, tindakan saman itu dibuat memandangkan Anwar kini sudah menjadi seorang ketua negara tetapi masih mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya yang dilihat sebagai tidak wajar sama sekali.

Tuduhan berhubung salah laku dan amalan rasuah terhadap Dr Mahathir yang dibuat oleh Anwar tersebut bukanlah kali pertama dibuat Presiden PKR, malah sebelum ini didakwa memiliki kononnya enam kotak bukti dan dokumen seperti didedahkan oleh bekas pembantunya, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor.

Ezam merupakan salah seorang bekas setiausaha Anwar ketika beliau berada dalam kerajaan diterajui Dr Mahathir. Selepas penyingkirannya, Ezam dilantik sebagai Ketua Pemuda PKR tetapi mengumumkan keluar parti tersebut pada 2008 untuk menyertai UMNO.

Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini pada 2008, Ezam mendakwa mendakwa bukti enam kotak yang didedahkannya sebelum ini tidak ada pada beliau, sebaliknya berada di tangan Anwar.

Ezam semasa wawancara pada 30 Disember 2008 tersebut berkata, “Kalau ada pada saya, sudah tentu saya tunjukkan. Saya konsisten dengan perjuangan membenteras rasuah.”

Ezam berkata, ketika masih bersama PKR, beliau pernah menyuarakan kepada Anwar supaya pemimpin nombor satu parti itu mendedahkan kandungan kotak-kotak itu, tetapi Anwar meminta beliau supaya “tunggu untuk (faedah) politik”.

Pendedahan Ezam semasa wawancara tersebut secara tidak langsung menunjukkan enam kotak bukti rasuah melibatkan kerajaan dipimpin Dr Mahathir sebelum ini dimiliki Anwar.

Ekoran tindakan saman terbaharu yang dibuat Dr Mahathir terhadap Anwar baru-baru ini, sudah sampai masanya Anwar mendedahkan dan membuktikan kepada rakyat berhubung enam kotak yang didakwa dimilikinya oleh Ezam sebelum ini.

Adalah wajar untuk Anwar membuktikan tuduhannya terhadap Dr Mahathir dengan mengemukakan sebarang bentuk bukti atau dokumen didakwa dimiikinya sebelum ini untuk menyokong ucapan politiknya dalam ceramah yang sentiasa menyerang bekas Perdana Menteri dua kali itu.

Jika tiada bukti, mustahil Anwar berulang-ulang kali membuat tuduhan dan dakwaan terhadap Dr Mahathir semasa menjadi ketua negara mengkayakan anak dan kroninya dengan pemberian tender dan projek kepada mereka.

Berita berkaitan
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
12 minit lalu· Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
12 jam lalu· Politik
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
19 jam lalu· Isu semasa
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023· Politik
Popular
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
10 jam lalu · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
19 jam lalu · Politik
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023 · Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023 · Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok