UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi

November 2, 2022 · Politik

Rundingan dengan UMNO gagal kerana tindakan besar kepala pemimpin parti tersebut yang dilihat cuba menentukan semua keputusan, kata Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu berkata walaupun berunding demi mengelakkan perpecahan sesama agama dan bangsa, namun UMNO sebaliknya memilih perpecahan dan tidak mahu bertolak-ansur, malah cuba menjadi tukang atur.

“Yang terakhir selepas Parlimen dibubarkan, mereka ajak jumpa. Maka saya dan Timbalan Presiden (Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) pergi berjumpa, mereka letak syarat PAS boleh bersama UMNO sekiranya kita putuskan hubungan bersama parti lain terutama Bersatu.

“Minta PAS buat keputusan segera, mereka perintah (arah) kita. Kemudian cakap pula beberapa kerusi PAS di Kelantan, Terengganu dan Pahang minta diberi kepada UMNO. Mereka cuba jadi tukang atur kita.

“Disebabkan itu kita pilih PN bukan Muafakat Nasional (MN) kerana dalam UMNO masih ada yang keruh, yang rasuah, yang masih dibicara. Kita tahu ada yang bersih dalam UMNO, tapi mereka dicantas tak jadi calon, yang penyangak jadi calon,” katanya semasa Ceramah Perdana di Markas PAS Pokok Sena semalam.

Jelas Hadi lagi, pemimpin UMNO hanya sibuk berkelahi sesama mereka berebut jawatan, ia terbukti sebelum ini apabila dua kali melakukan angkara sehingga kerajaan Perdana Menteri dipimpin oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pun turut ditekan supaya dibubarkan Parlimen awal.

“Tiba-tiba perangai lama UMNO jadi lagi, berkelahi sesama sendiri nak jadi Perdana Menteri, nak kementerian, nak jawatan. Setelah kalah (Pilihan Raya Umum Ke-14) mereka tak insaf, bukan semua tak insaf, ada (Ahli Parlimen) yang insaf dan nak buat perubahan.

“Kita ajak mereka (UMNO) kepada perpaduan ummah bersama Bersatu, Gerakan dan parti lain. Tiba-tiba mereka minta hanya UMNO dan PAS sahaja (dalamMN).

“Kalau UMNO dan PAS sahaja itu bukan perpaduan, tapi itu tujuan politik. Akhirnya mereka buat tindakan nak jatuhkan kerajaan, jumpa dengan (Ahli Parlimen) PH, tapi tak semua Ahli Parlimen UMNO setuju,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Itu bukan pandangan DAP, kata Anwar ulas kenyataan kontroversi Ramasamy
February 11, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok