Zahid tegur kerajaan Keluarga Malaysia turun 20 sen harga ayam

February 9, 2022 · Isu semasa

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegur kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ dalam memastikan harga barangan dapat dikurangkan selain membantu rakyat berdepan kenaikan kos sara hidup.

Menurutnya pengumuman harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan sebanyak 20 sen belum cukup signifikan untuk membantu rakyat berdepan kenaikan kos sara hidup.

“Keputusan dibuat pada Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) itu malah berdepan sindiran sinis sebilangan rakyat Malaysia.

“Sepatutnya ada solusi yang jauh lebih konkrit oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk mengurangkan harga barangan.

“Begitu juga peranan lebih cemerlang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam menangani isu yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara dipengerusikan Naib Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada 31 Januari lalu, menetapkan harga runcit maksimum bagi ayam standard dikurangkan sebanyak 20 sen kepada RM8.90 daripada harga siling RM9.10 yang ditetapkan.

Ketika mengumumkannya Ismail Sabri juga memberitahu harga telur ayam untuk semua gred adalah kekal seperti harga kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) semasa.

Mengulas lanjut, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata sehingga hari ini belum dilihat ada penurunan ketara harga barangan, selain telur, harga ayam bersih standard masih antara RM8 hingga RM9 sekilogram, termasuk harga ikan, daging, dan sayur masih tinggi.

Menurut Zahid hasil daripada pelbagai inisiatif yang diumumkan untuk mengurangkan harga barangan sebelum ini, termasuk mengimport ayam, belum dilihat.

“Justeru, harga telur dikurangkan 20 sen bukan suatu perkhabaran yang melegakan. Rakyat perlukan sebuah ketetapan yang menyeluruh untuk membantu kehidupan mereka.

“Isu berhubung peningkatan kos pengeluaran barang keperluan yang sering dijadikan alasan harus diperhalusi bagaimana untuk menanganinya,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata selepas sambutan Tahun Baharu Cina, tidak lama lagi negara akan menyambut ketibaan Ramadan dan seterusnya meraikan sambutan Aidilfitri.

“Jika isu harga barang keperluan ini tidak ditangani dari sekarang, kita khuatir ia akan berlarutan untuk tempoh yang lebih lama sekali gus terus menekan rakyat.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa mentadbir negara telah merangka pelbagai akta, peraturan, undang-undang untuk berdepan permasalahan tersebut. Gunakan sebaik mungkin,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tak penting pendapat orang, kata Nazri selepas dilantik duta AS
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok