Zahid dakwa Lee Kim Yew perlukan wang, jual dua rumah harga diskaun

July 7, 2022 · Isu semasa

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendakwa pembelian dua rumah di Country Heights di Kajang, Selangor pada 2017 adalah pada harga “diskaun” RM5.9 juta, kerana pemiliknya, hartawan pembangunan hartanah Tan Sri Lee Kim Yew, memerlukan wang pada masa itu.

Memberi keterangan bela diri dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Zahid menjelaskan butiran pembelian dua rumah berharga RM5.9 juta menggunakan dana amal Yayasan Akalbudi (YAB).

Dia menjelaskan bahawa firma guaman Lewis & Co memegang dan mengendalikan berjuta-juta ringgit dana YAB, berdasarkan arahan lisannya untuk melantik firma guaman itu menjalankan peranannya. Semalam Zahid mengesahkan tiada surat pelantikan untuk perkara ini.

Hari ini, Zahid mengesahkan butiran dalam lejar firma guaman itu, yang menunjukkan bahawa Lewis & Co telah memasukkan RM2 juta dalam simpanan tetap pada 30 November 2016 dan RM5 juta dalam simpanan sama pada 9 Disember 2016.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga mengesahkan bahawa Lewis & Co pada 4 Januari 2017 telah mengeluarkan RM2 juta dan RM5 juta daripada simpanan tetap. Tarikh 4 Januari 2017 ini juga adalah hari yang sama apabila firma guaman itu mengeluarkan cek Maybank RM5.9 juta kepada syarikat Lee Bee Garden Holdings Sdn Bhd untuk pembelian kedua-dua rumah itu.

Ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong sama ada dia bersetuju bahawa tempoh wang disimpan dalam simpanan tetap adalah pendek, Zahid menjawab: “Dari segi perbankan, ia adalah pramatang, bermakna ia adalah pramatang sebelum mencapai tempoh enam bulan atau satu tahun mengikut deposit masa atau simpanan tetap.”

Diminta menjelaskan mengapa firma guaman itu tidak menunggu tarikh matang simpanan tetap sama ada enam bulan atau setahun sebelum mengeluarkan dana berkenaan, Zahid kemudian berkata ini kerana penjual dua rumah di Country Heights memberi tempoh masa yang singkat untuk pembelian.

“Tawaran ini daripada Tan Sri Lee Kim Yew, pemilik Country Heights – dia amat memerlukan wang itu, sebab itu dia menjualnya di bawah harga pasaran, saya tahu dia menghadapi masalah untuk membayar cukai pendapatannya, sebab itu garis masa yang diberikan kepada kami sangat pendek.

“Itulah sebabnya harga diskaun diberikan kepada yayasan dan keputusannya perlu sangat cepat,” kata Zahid, sambil menambah bahawa pengeluaran pantas deposit tetap berjumlah RM7 juta adalah “pada dasarnya keputusan pengurusan”.

Memetik MalayMail, pihak pendakwaan kemudian bertanya sama ada pembelian RM5.9 juta bagi dua hartanah itu bukan untuk tujuan amal.

Harris: Pembelian bangunan itu bukan untuk amal, tetapi untuk membantu Tan Sri, ‘dia perlukan’, ini berdasarkan jawapan anda. Anda boleh bersetuju atau tidak bersetuju.

Zahid: Saya tidak setuju.

Semalam, Zahid berkata dua rumah itu dibeli di bawah harga pasaran RM12 juta, untuk dijadikan pusat pengajian agama Islam.

Bagi pembelian RM5.9 juta, rumah seluas 1,872 kaki persegi di Lot 356 (HSD 24906 atau PT No.20397) berharga RM3 juta, manakala rumah kecil sedikit berkeluasan 1,787 kaki persegi di Lot 403 (HSD 24881 atau PT No. 20372) berharga RM2.9 juta.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sedang membela diri atas 47 pertuduhan, iaitu 12 pertuduhan pecah amanah jenayah berhubung dana yayasan amal Yayasan Akalbudi berjumlah RM31 juta, 27 pertuduhan pengubahan wang haram dan lapan pertuduhan rasuah.

Salah satu daripada 27 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi menuduh dia terlibat secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil aktiviti menyalahi undang-undang, dengan memberi arahan untuk membeli dua “lot banglo” pada harga RM5.9 juta menggunakan cek yang dikeluarkan firma guaman Lewis & Co melalui akaun pelanggan di Maybank, dengan dana itu dikatakan sebagai hasil haram.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
14 jam lalu· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok