Yusuf Azmi mohon maaf, disiasat di IPD Kajang

May 4, 2021 · Isu semasa

Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan), Yusuf Azmi dan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai ‘Abang Ali’ dikatakan sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang awal pagi tadi, susulan kes memukul seorang warga Bangladesh di Cheras semalam.

Difahamkan, ‘Abang Ali’ ditahan di rumahnya sementara Yusuf pula datang ke IPD Kajang bersama peguam awal pagi tadi.

Sementara itu, Yusuf dalam satu kenyataan hari ini memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas kejadian itu dan beliau sedia memberi kerjasama kepada polis jika dipanggil untuk membantu siasatan kejadian berkenaan.

Apa yang berlaku, katanya, adalah disebabkan dirinya yang hilang sabar apabila nama beliau dan Semboyan digunakan oleh pihak terbabit untuk menipu orang ramai.

“Tapi saya menerima satu aduan yang saya anggap sangat serius adalah ada menawarkan penjualan baju dengan kuantiti yang banyak dengan harga yang sangat rendah… RM5 hingga RM10 ini adalah tawaran scammer lah bagi saya.

“Tawaran yang tidak masuk akal yang mana jika satu pelanggan ambil daripada beliau 1,000 helai, 10 pelanggan sudah jadi 10,000 kalau 100 pelanggan dah jadi 100,000. Bayangkan jika 100,000 helai kali dengan RM10, nilaiannya hampir 1 juta. Cuba bayangkan RM1 juta ditipu oleh seorang warga asing,” katanya.

Katanya, apa yang menyebabkan beliau marah ialah individu terbabit mengambil wang daripada orang ramai dengan menggunakan nama Semboyan, dan memfitnah kedai seorang pengusaha Melayu.

“Saya akan bagi kerjasama kepada polis jika dipanggil untuk siasatan… kita tak kata Persatuan Pengguna Semboyan ini ada imej Islam… tidak.. saya pun kadang-kadang hilang sabar… kebetulan saya waktu tu marah… tau-tau lah bulan Ramadan ni… tak dapat air… dan kita menahan lapar dan dahaga, tiba2 ada orang nak rosakkan imej persatuan,” katanya.

Semalam tular klip video yang berdurasi 1 minit 21 saat menunjukkan sekumpulan individu memukul seorang lelaki warga asing di kawasan kaki lima Kedai No 28, Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang, Selangor.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok