Warga Malaysia jalani hukuman gantung di Singapura hari ini

July 7, 2022 · Isu semasa

Seorang lagi warga Malaysia hari ini menjalani hukuman gantung sampai mati di Singapura selepas gagal dalam rayuan terakhirnya semalam.

Permohonan warga Malaysia, Kalwant Singh ditolak Mahkamah Rayuan Singapura dan akan menjalani hukuman hari ini, lapor Bernama.

Hukuman mati dijatuhi terhadap Kalwant,32, pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah.

Peguamnya, Too Xing Ji dari BMS Law LLC memneritahu sabitan dan hukuman dikekalkan Mahkamah Rayuan pada tahun sama dan berdasarkan keputusan hari ini, pelaksanaan hukuman akan dijalankan mengikut jadual.

Kalwant yang berasal dari Cameron Highlands, Pahang, ditahan di Singapura pada 24 Oktober 2013 dan disabitkan kesalahan memiliki 60.15 gram diamorphine serta mengedar 120.9 gram dadah jenis itu.

Kalwant memfailkan usul kepada Mahkamah Rayuan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman dan semakan terhadap sabitan serta hukumannya.

Permohonan penangguhan hukumannya didengar Ketua Hakim, Sundaresh Menon; Hakim Andrew Phang Boon Leong dan Hakim Tay Yong Kwang melalui platform Zoom.

Xing Ji berkata, walaupun perbicaraan dijalankan secara maya, mahkamah penuh sesak dan ahli keluarga Kalwant turut hadir.

Sebelum ini, pada 27 April lalu, seorang lagi warga Malaysia, Nagaenthran K Dharmalingam turut menjalani hukuman mati kerana mengedar heroin.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023· Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tak penting pendapat orang, kata Nazri selepas dilantik duta AS
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok