Warga Lembah Klang kena waspada kes sporadik makin membimbangkan

June 21, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes Covid-19 yang tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada atau sporadik, dan kes tidak bergejala, semakin membimbangkan di Lembah Klang.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes-kes sporadik ini dikesan melalui saringan di tempat kerja, dalam komuniti, atau daripada saringan kes bergejala.

Katanya, apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kes sporadik itu tidak bergejala tetapi masih boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka yang tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dengan betul.

Lembah Klang adalah sebuah kawasan yang terdiri daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pinggir bandarnya, serta meliputi kawasan bandar dan bandar raya di Selangor.

“Pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-24, Lembah Klang mencatatkan jumlah kes sporadik tertinggi di Malaysia. Tiga daerah tertinggi melaporkan iaitu Petaling dengan 3,905 kes, Daerah Hulu Langat dengan 2,783 kes, dan Daerah Klang dengan 2,482 kes.

“Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang diumumkan pada 12 Mei 2021 iaitu pada ME ke-19, dilihat telah berjaya mengawal peningkatan kes-kes kluster pada ME ke-24, namun kes-kes sporadik masih tidak menunjukkan penurunan yang ketara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kes sporadik tertinggi dilaporkan adalah di Selangor dengan 151,725 kes (38.0 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (44,517 kes – 11.2 peratus) dan Sarawak (40,889 kes – 10.3 peratus).

Beliau berkata, Lembah Klang yang sememangnya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, bukan sahaja terdedah kepada bahaya kes sporadik di dalam komuniti, malahan kebanyakan daripada kes Covid-19 ini tidak mempunyai gejala.

“Dengan erti kata lain, sukar bagi kita untuk mengetahui siapa yang mempunyai Covid-19 di kalangan kita. Oleh itu adalah sangat penting bagi semua pihak mengambil maklum perkara ini dan melindungi diri serta keluarga masing-masing daripada bahaya Covid-19,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, KKM meminta masyarakat untuk terus konsisten dalam mematuhi sepenuhnya SOP dan mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri sebagai salah satu langkah mendepani peningkatan kes-kes sporadik dan kes Covid-19 tidak bergejala khususnya di kawasan sesak dan berisiko tinggi.

Antara tindakan kesihatan awam kendiri yang boleh diambil oleh masyarakat adalah seperti berikut:

  • Kekal duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar;
  • Sekiranya perlu keluar, patuhilah arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN);
  • Optimakan penggunaan teknologi komunikasi untuk kekal berhubung dengan sahabat-sahabat dan sanak-saudara;
  • Gunakan perkhidmatan atas talian sekiranya perlu membuat sebarang pembelian;
  • Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan. Bawa keputusan ujian dan hadir ke Covid-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di daerah/negeri anda untuk penilaian lanjut. Untuk senarai terkini CAC rujuk: http://covid-19.moh.gov.my/hotline;
  • Sekiranya dibenarkan untuk menjalani Home Surveilance Order (HSO), patuhilah segala peraturan. Jangan bercampur dengan ahli keluarga atau keluar dari rumah dalam tempoh ini. Anda berisiko menjangkiti orang lain. Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera; dan
  • Daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin Covid-19 sebagai langkah menyahut seruan kerajaan dalam membentuk imuniti kelompok.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok