Wanita ketua ajaran mimpi terakhir ditahan

September 4, 2021 · Isu semasa

Polis menahan seorang wanita disyaki ketua ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) di kediamannya di Shah Alam, awal pagi tadi, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 7 September ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya wanita berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira 1.10 pagi tadi.

Beliau berkata, polis turut merampas lima telefon bimbit pelbagai jenama, sekeping kad bank, resit pemindahan wang ke akaun bank tempatan sebanyak RM84,721 dan sepasang telekung putih.

Basri berkata, suspek sebelum ini ada membuat laporan polis bagi menyatakan tidak pernah mewujudkan kumpulan ajaran sesat atau bertentangan dengan ajaran Islam serta menafikan semua tuduhan termasuk tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara.

Sebelum ini, tular dalam media sosial seorang wanita dengan gelaran Sittah Annur dikaitkan dengan ajaran sesat PMYT mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.

Wanita terbabit juga mendakwa dirinya mempunyai keistimewaan dan berupaya membuat ramalan berkaitan apa yang akan berlaku pada masa depan.

Basri berkata setakat ini polis menerima enam laporan berhubung isu sama yang dibuat di lima balai polis berasingan.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebelum ini menyatakan isu dan kegiatan wanita berkenaan masih dalam kawalan dan PDRM tidak boleh terburu-buru ketika melakukan siasatan kerana perlu mengumpul maklumat lengkap serta siasatan yang melibatkan jabatan lain termasuk jabatan agama Islam.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengingatkan hasutan sehingga rakyat negara ini melarikan diri ke luar negara adalah sesuatu yang menimbulkan perasaan gusar rakyat.

Kerajaan katanya, boleh ambil tindakan mungkin melalui Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) terhadap ajaran itu.

Berita berkaitan
JAKIM kenal pasti lokasi pusat ajaran sesat, Hadi Minallah
August 8, 2022· Isu semasa
Tiada SOP khas Tarawih
February 4, 2022· Isu semasa
Ketua ajaran sesat mimpi terakhir bertaubat
September 27, 2021· Isu semasa
Bukit Aman ambil keterangan pihak terkait ajaran mimpi terakhir
September 3, 2021· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok