JAKIM kenal pasti lokasi pusat ajaran sesat, Hadi Minallah

August 8, 2022 · Isu semasa

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengenal pasti lokasi pusat operasi kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Beliau berkata maklumat berhubung lokasi itu telah diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk diambil tindakan selanjutnya, lapor Bernama.

“Semalam baru dapat profil berkenaan Hadi Minallah, saya terus hubungi JAWI kerana pada mulanya ada yang kata di Langkawi dan sebagainya.

“Tapi semalam kami dapat alamat itu, kami beri pada JAWI kerana bidang kuasa untuk bertindak ini ialah di pihak agama negeri,” katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat pemilihan Anggota Majlis Peguam Syarie Wilayah-wilayah Persekutuan yang pertama, di sini hari ini.

JAKIM dilaporkan telah membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi tindakan menyekat penularan ajaran berkenaan.

Kumpulan ajaran Hadi Minallah yang berasal dari negara jiran dikesan berlaku di beberapa negeri di Malaysia dan aktif menyebarkan dakyah sesat mereka melalui YouTube, Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah.

Berdasarkan video tular itu, seorang lelaki mendakwa sebagai pengasas ajaran itu, Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minallah Aminnullah Ahmad berasal dari Indonesia dan dia mengaku tiada agama dan menyebarkan fahaman makrifat sesat, Nur Muhammad serta pluralisme agama yang dakwanya Tuhan tidak melihat kepada agama selain turut menolak hadis.

Dalam pada itu, Idris meminta orang ramai untuk melaporkan terus kepada pihak berkuasa sekiranya mengesyaki ada berlaku aktiviti yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Sementara itu, Idris dalam ucapannya berkata Majlis Peguam Syarie perlu memainkan peranan yang aktif dalam memperkasa kedudukan perundangan syariah melalui pelbagai kegiatan advokasi kepada masyarakat secara tersusun untuk memastikan umat Islam di Malaysia celik perundangan syariah.

Berita berkaitan
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Apa jaminan kerajaan kenaikan cukai SST tak jejaskan rakyat?
October 25, 2023· Isu semasa
Kerajaan kekal pendiriian tolak LGBT, kata menteri
October 18, 2023· Isu semasa
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023· Politik
Popular
Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang bernilai RM1.27 bilion
July 4, 2022
Annuar yang pernah fitnah Bersatu dilantik pengerusi baharu UDA
March 23, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Covid-19: 76 kematian semalam, Selangor lepasi 700,000 kes positif
October 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok