Ketua ajaran sesat mimpi terakhir bertaubat

September 27, 2021 · Isu semasa

Sittah Annur, Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) hari ini membuat perisytiharan lafaz taubat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan menandatangani dokumen di hadapan empat saksi.

“Saya Masitah Ab Jalar atau Sittah Annur, sesungguhnya membuat pengisytiharan ini dengan suci hati, penuh keinsafan dan keikhlasan, sesungguhnya tiada sebarang paksaan dari mana-mana individu atau mana-mana pihak,” katanya.

Negara sebelum ini pernah digemparkan apabila tular seorang wanita mendakwa dirinya mampu berhubung secara langsung dengan Allah, malaikat dan Nabi Muhammad.

Pada 4 September lalu, Sittah atau nama sebenarnya Masitah Ab Jalar, 39 ditahan oleh pihak polis sekitar jam 1.10 pagi berhubung pembabitannya dalam ajaran sesat itu.

“Dengan ini saya bertaubat kembali ke pangkal jalan mengamalkan ajaran Islam berdasarkan sumber pengetahuan dan ilmu yang benar. Saya insaf bahawa tiada jalan pintas ke syurga melainkan dengan keyakinan akidah Islam,” lafaznya.

Perisytiharan itu dilafazkan di hadapan Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad serta dua orang lagi saksi iaitu Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Dr Ahmad Shahir Makhtar dan wakil Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mahd Ansarullah Mohd Hashim.

Lafaz taubat (istitabah) itu turut disiarkan secara langsung di laman Facebook Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sebelum ini, Sittah mendakwa dia bermimpi perjalanan terakhir ini diturunkan kepadanya sebagai panduan buat umat Islam yang lain.

Dia turut mengakui bahawa dirinya memiliki keistimewaan dan mampu membuat menjangkakan berkaitan apa yang akan berlaku di masa akan datang, kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah serta dia menjadi pemimpin kumpulannya untuk mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.

Sehubungan itu, Mohd Shahzihan berkata JAIS sebelum ini sudah meneliti dan memperhalusi setiap pernyataan di dalam video-video milik Sittah yang dikongsi di laman sosialnya.

“Dari JAIS seterusnya dirujuk dengan lebih teliti ke Jabatan Mufti Negeri Selangor dan diakui Sahibus Samahah, Datuk Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor bahawa perbuatan dan penyataan Sittah bertentangan dengan hukum syarak.”

“Penyataannya adalah satu perbuatan yang disabitkan bersalahan dengan Seksyen 7 dan Seksyen 8(b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995,” katanya.

Pada 20 September lalu, Sittah dipanggil untuk menghadiri sesi penjelasan bersama tiga panel pakar akidah yang dilantik oleh JAIS.

Hasil dari sesi temubual, Sittah akur, insaf dan menyesal dengan perbuatannya dan mengakui pernyataannya bercanggah dengan hukum syarak serta menyeleweng, menyimpang dari akidah Ahli Sunah Wal Jamaah.

Berita berkaitan
Pakej taubat RM20 kaut untung, menipu, kata Mufti Kelantan
April 25, 2022· Isu semasa
Wanita ketua ajaran mimpi terakhir ditahan
September 4, 2021· Isu semasa
Ajaran Perjalanan Mimpi Terakhir boleh kena SOSMA: Menteri
September 1, 2021· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok