Ajaran Perjalanan Mimpi Terakhir boleh kena SOSMA: Menteri

September 1, 2021 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu dan pengikut ajaran sesat yang mendakwa Perang Dunia Kedua akan bermula di Sabah, jika dakwaan itu mencetuskan rasa takut dalam masyarakat.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengingatkan hasutan sehingga rakyat negara ini melarikan diri ke luar negara adalah sesuatu yang menimbulkan perasaan gusar rakyat.

“Kita boleh ambil tindakan, mungkin melalui Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA),” katanya pada sidang media pertama setelah dilantik semula mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri dalam Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Hamzah mengulas laporan media mengenai tindakan seorang wanita berusia 39 tahun mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah yang rakaman videonya tular di laman sosial, baru-baru ini.

Sebelum ini, Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir dilaporkan semakin giat menyebarkan fahaman menerusi platform media sosial.

Beberapa hari ini, tular klip video seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Sittah Annur yang dikaitkan dengan usaha mengembangkan ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT).

Wanita itu turut membuat beberapa dakwaan pelik termasuk menceritakan mimpinya yang terakhir ditunjukkan suasana di Makkah. Dia juga mendakwa bertemu dengan Malaikat dan Rasulullah SAW.

Media melaporkan setakat ini kumpulan itu sudah mewujudkan 22 buah grup di laman Telegram dan diikuti lebih 3,000 pengikut yang mana jumlahnya bertambah setiap hari.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata agensi bertanggungjawab di bawah KDN tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan, termasuk menghasut.

“Tindakan juga boleh diambil terhadap pihak yang melakukan kesalahan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Kalau melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang contohnya undang-undang pencetakan, kita boleh ambil tindakan dari sudut itu.

“Kalau hasut sehingga menyebabkan orang ramai berasa tidak selesa dan cuba lari dari negara kita, itu sesuatu yang boleh menimbulkan perasaan gusar dan takut. Kita boleh ambil tindakan, mungkin melalui SOSMA,” katanya.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Pindaan Perlembagaan atau pada akta lain dalam isu kewarganegaraan: Saifuddin Nasution
November 1, 2023· Isu semasa
Larangan bertakbir semasa himpunan Palestin itu budi bicara penganjur: Saifuddin Nasution
October 24, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok